Categories: Berita Lain

Tun M Bertarung Ingatkan Saya Kepada Kuan Yew



SINGAPURA – Perkembangan politik semasa di Malaysia telah menarik perhatian Goh Chok Tong, Perdana Menteri Singapura yang kedua menggantikan Lee Kuan Yew.

Apabila menyaksikan Mahathir bertarung dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) mengingatkan saya kepada ungkapan terkenal Lee Kuan Yew, “Malah dari katil tempat saya terbaring sakit, walaupun anda akan menurunkan saya ke liang kubur dan saya rasa ada sesuatu yang tidak kena, saya akan bangkit.”

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kita harus menghormati Mahathir atas atas kehendak dan usahanya yang bersemangat waja untuk bertarung bagi membetulkan apa yang difikirkannya sebagai ada sesuatu yang tidak kena berlaku di negaranya,” menurut catatan dalam laman Facebook beliau hari ini.
** Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad telah memenangi PRU14 yang baru berakhir.
** Dr Mahathir, 92, telah mengangat sumpah jawatan sebagai perdana menteri Malaysia yang ketujuh di Istana Negara di Kuala Lumpur hari ini.
** Beliau disifatkan sebagai perdana menteri tertua di dunia yang dipilih semula.
Goh berkata Dr Mahathir dan rakan-rakan dan gabungan telah mencapai kemenangan yang menakjubkan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Tahniah kepada mereka atas kejayaan mereka, dan kepada (Dr) Mahathir kerana menjadi Perdana Menteri Malaysia bagi kali kedua,” katanya.
Goh menarik perhatian bahawa “apa sahaja yang berlaku di seberang tambak memberi kesan pihak yang lain.”
“Ini adalah detik yang bersejarah dan belum pernah berlaku sebelum ini bagi jiran terdekat kita. Kita mengucapkan selamat berjaya, dan menawarkan kepada Mahathir dan kerajaan baharu semangat muhibah dan persahabatan yang berterusan,” kata beliau dan mengakhirinya dengan singkatan nama GCT.
** Goh menjadi Perdana Menteri Singapura yang kedua selama hampir 14 tahun dari 1990 hingga 2004. – BERNAMA

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago