Categories: Berita Lain

Bekas Pengawai Peribadi Tun M Dedah Rahsia


KUALA NERANG – Pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai
Perdana Menteri Malaysia ke-7 mengembalikan semula kenangan bekas pengawai
peribadi beliau semasa bertugas.
Saad Hashim, 77, berkata, dia sungguh terharu apabila
Mahathir sekali lagi dilantik sebagai perdana menteri.

Menurut Saad atau lebih dikenali Pak Ad berkata, dia pernah
berkhidmat selama 30 tahun ketika Mahathir menjadi Ahli Parlimen Kubang Pasu.
“Saya sangat gembira apabila Tun dilantik sekali lagi dan
terasa ingin bertugas kembali tetapi kudrat saya hari ini sudah tidak mampu
lagi untuk bekerja. Ini berbeza dengan Tun walaupun sudah berusia 93 tahun
tetapi masih mampu tunggang kuda dan kayuh basikal.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Sejak dahulu lagi Tun sangat menjaga kesihatannya dengan
hanya makan ala kadar untuk mengalas perut sahaja. Apa yang uniknya Tun tidak
makan ikan kerana dididik oleh ibunya sejak kecil lagi,” kata bekas Setiausaha
Kerja Umno Bahagian Kubang Pasu.
Menurut Pak Ad, sepanjang berkhidmat, Mahathir disifatkan
sebagai seorang yang sangat menepati masa.
Bagi Mahathir masa adalah seperti emas dan sangat berharga.
Setiap kali jika ada sebarang program semua kakitangan yang bertugas akan
datang lebih awal lagi.
“Tun seorang yang tegas dan berani. Jika beliau hendak
sesuatu pasti akan pergi tidak kira sama ada bahaya atau tidak. Contohnya
semasa pembinaan Universiti Utara Malaysia (UUM) dia mengajak saya bersamanya
walaupun kawasan itu bahaya sebelum ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Tun sendiri mahu melihat sejauh mana pembinaan UUM pada
masa itu. Ini menunjukkan dia sangat mengambil berat tentang pembangunan serta
pendidikan kepada masyarakat terutamanya pelajar yang mahu melanjutkan
pengajian ke situ nanti,” katanya.
Menurut Pak Ad, tabiat yang masih kekal pada Mahathir
sehingga hari ini ialah sering membawa buku catatan dan pen untuk dicatat
segala masalah rakyat atau sesuatu yang baharu baginya.
Buku catatan dan pen seperti nyawa beliau kerana Mahathir
tidak akan pergi ke mana-mana tanpa dua benda itu walaupun pergi ke luar
negara.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Oleh itu tidak hairanlah jika Tun keluar negara pun dia
akan mencatat segala apa yang dia lihat dan dengar supaya dapat memberi panduan
kepadanya.
“Sebab itu banyak pembaharuan dibawa masuk semasa di
bawah kepimpinannya dengan pelbagai dasar supaya memajukan negara kita ini,”
katanya.

– Sinar Harian

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

8 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

9 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago