Connect with us

Terkini

”Saya Tegur, Tapi Tidak Didengar”, Nazir Razak Sifatkan Ketegaran Dan Pentingkan Diri Pemerintah Lama Jadi Punca Teguran Tak Diterima

Umum sudah pun mengetahui bahawa Malaysia kini bertukar
tangan kepada pemerintahan baru setelah 60 tahun ditadbir oleh Barisan Nasional, dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 yang lalu.

Pakatan Harapan yang diketuai Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir ketika itu berjaya memenangi majoriti mudah kerusi Parlimen sekaligus berjaya membentuk kerajaan baru.

Manakala, Tun Mahathir sekali lagi diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia
ke-7.  

Loading…

Kekalahan BN telah mendapat reaksi pelbagai daripada segenap lapisan masyarakat yang memberi pendapat masing-masing terhadap keputusan pilihanraya yang dianggap bersejarah kepada ramai pihak.  

Advertisement

Antara yang turut memberi reaksi terhadap kebangkitan suara rakyat itu adalah Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak, yang juga merupakan adik kepada Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut beliau, kegagalan pentadbiran terdahulu untuk
berubah dan memperbetulkan keadaan antara punca utama ia ditolak rakyat.  

Ujarnya, beliau sudah sering kali mengingatkan mereka yang berkuasa ketika itu agar membuat pembetulan dalam pentadbiran negara, namun teguran tersebut tidak pernah didengar.

”Saya sudah mencuba banyak kali untuk menegur pentadbiran
dahulu, yang Malaysia perlu diperbetul, namun ia gagal disebabkan ketegaran dan kepentingan diri pemerintah lama.   ”Kini anda boleh melakukannya,” kata beliau dalam satu
kemas kini di akaun Instagramnya ketika menyampaikan ucapan tahniah kepada Tun Mahathir di atas pelantikan semula sebagai Perdana Menteri.  

”Malaysia, ikon demokrasi baru,” ujarnya lagi yang turut berkongsi hubungan baik Tun Mahathir dengan bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.  

Advertisement

Katanya, kedua-dua pemimpin tersebut mempunyai tekad yang
sama untuk membawa Malaysia ke taraf yang lebih baik.  

Di akhir perkongsian tersebut, beliau turut berdoa agar hasrat kerajaan semasa untuk mewujudkan Malaysia Baru tercapai.

View this post on Instagram

Congratulations YAB Tun Mahathir, 7th PM of Malaysia. No words can adequately describe the journey back to his old office. Malaysia has also defied the odds and global trends with this peaceful transition of power in line with the will of the people- Malaysia, new icon of democracy. Tun M has always gone to great lengths to praise his mentor Tun Razak (even at the height of tensions with Najib and UMNO). Both of them share the same determination to nation-build to the best of their ability and limits of personal sacrifices. I wish the new PM and his team every success in building the new Malaysia as envisaged in the PH manifesto. As I have argued ad nauseam, Malaysia needs major recalibration, but all attempts under the old order failed due to structural rigidities and vested interest. Now you can!

A post shared by Nazir Razak (@nazir.razak) on

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel