Categories: Berita Lain

Tak sempat sahur



SAYA sudah sediakan juadah untuk bersahur, namun kami anak beranak tak sempat menjamahnya selepas rumah terbakar.”


Demikian luah Mariana Mapaenre, 31, antara mangsa kebakaran membabitkan lima rumah dan sebuah rumah kongsi tiga pintu di Kampung Merotai Besar, Tawau, tengah malam tadi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Kebakaran bermula 12.30 tengah malam itu mengakibatkan 43 penghuni daripada 11 keluarga hilang tempat tinggal.


Menceritakan kejadian itu, Mariana berkata, dia sudah membuat persiapan awal untuk bersahur iaitu menyediakan ayam masak lengkuas yang menjadi kegemaran keluarganya.


Katanya, ketika kejadian mereka lima beranak nyenyak tidur sebelum dikejutkan bunyi bising dan riuh rendah di luar rumah yang mulanya disangka kumpulan budak kampung mengejutkan penduduk untuk bangun bersahur.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Apabila saya keluar, saya terkejut apabila mendapati api sudah marak di rumah jiran sambil orang ramai menjerit minta kami menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Sharudy Delamin berkata, seramai 26 anggota bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan 12.42 malam.


Katanya, bomba kemudian menjalankan operasi pemadaman selain membuat pemeriksaan keselamatan sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada 4.10 pagi.


Sementara itu dalam kejadian berasingan, kesukaran mendapatkan sumber air mengakibatkan lima rumah hangus di Kampung Bum-Bum, Semporna.


Dalam kebakaran 1.16 pagi itu, bomba terpaksa merobohkan struktur berhampiran bagi mengelak api merebak seterusnya kemungkinan menyebabkan lebih banyak rumah musnah.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna, Fazizul Hizam Borhan berkata, pihaknya yang dibantu Pasukan Polis Marin terpaksa membuat ‘fire break’ berikutan kawasan perkampungan atas air itu tiada sumber air terbuka, selain air laut surut ketika kejadian.


Kaedah ‘fire break’ digunakan ialah merobohkan struktur berhampiran bagi membantu mengawal kebakaran di kawasan yang tidak mempunyai air.


“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan punca kejadian masih dalam siasatan. Operasi tamat sepenuhnya pada 4.50 pagi,” katanya.


-mymetro

Advertisement

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Hail Amir Meninggal Dunia Di HKL

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Penyanyi dan pelakon veteran Datuk Abdul Hail Amir meninggal… Read More

4 hours ago

‘Bila ibu ibu naik angin, rasain lo!’ – sekumpulan wanita mengamuk robohkan rumah perogol kanak-kanak perempuan

Sekumpulan wanita mengamuk dan melepaskan kemarahan dengan merobohkan rumah suspek perogol kanak-kanak perempuan bawah umur.… Read More

9 hours ago

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

1 day ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

1 day ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

1 day ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

2 days ago