Categories: Berita Lain

ROS Beri Kebenaran Pemilihan Umno Dilanjutkan Sehingga Tahun Depan


KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS)
bersetuju untuk memberi tempoh lanjutan masa pemilihan seluruh jawatankuasa
termasuk Majlis Tertinggi UMNO dijalankan selewat-lewatnya pada 19 April 2019.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
berkata ROS bersetuju untuk memberi tempoh lanjutan masa dengan merujuk kepada
Fasal 10.16 Perlembagaan Pertubuhan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Fasal itu membenarkan penangguhan pemilihan di
peringkat Majlis Tertinggi dalam tempoh yang tidak lebih daripada 18 bulan dari
tarikh yang sepatutnya diadakan iaitu pada 30 April 2018,” katanya dalam
kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, selaras dengan itu, Majlis Tertinggi UMNO
telah menetapkan tarikh persidangan tahunan Cawangan UMNO dan Pergerakan
Wanita, Pemuda serta Puteri UMNO dimulakan pada 19 Mei 2018 (Sabtu) sehingga 10
Jun (Ahad) 2018.
Katanya, mesyuarat UMNO di peringkat bahagian pula
ditetapkan pada 30 Jun 2018 (Sabtu) dan kesemua persidangan ini dijalankan
secara serentak dengan pemilihan parti di semua peringkat.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Tengku Adnan berkata UMNO telah menerima kebenaran daripada
ROS yang memaklumkan berhubung lanjutan pemilihan itu melalui surat bertarikh
31 Okt 2017. – Bernama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Hail Amir Meninggal Dunia Di HKL

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Penyanyi dan pelakon veteran Datuk Abdul Hail Amir meninggal… Read More

3 hours ago

‘Bila ibu ibu naik angin, rasain lo!’ – sekumpulan wanita mengamuk robohkan rumah perogol kanak-kanak perempuan

Sekumpulan wanita mengamuk dan melepaskan kemarahan dengan merobohkan rumah suspek perogol kanak-kanak perempuan bawah umur.… Read More

8 hours ago

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

24 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

1 day ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

1 day ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

2 days ago