Connect with us

Berita Lain

‘1MDB Perlu RM42.26 Bilion Untuk Lunas Hutang’


1Malaysia Development Bhd (1MDB) memerlukan kira-kira
RM42.26 bilion untuk membayar kos prinsipal dan faedah pinjaman yang matang
antara November 2015 hingga Mei 2039.
Ini berasaskan andaian pelan rasionalisasi dilaksanakan dan
tiada pinjaman baru dibuat selepas Oktober 2015, demikian menurut Laporan
Pengauditan 1MDB yang baru dikeluarkan.
Dalam satu ringkasan eksekutif, Laporan itu menyatakan
bahawa baki prinsipal pinjaman/pembiayaan 1MDB berjumlah RM55 bilion sehingga
31 Okt 2015 berbanding aset sebanyak RM58.60 bilion, di mana sejumlah RM20.31
bilion mendapat jaminan dan bantuan Kerajaan Persekutuan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurut Laporan tersebut, 1MDB perlu menyediakan dana yang
besar untuk melunaskan bayaran komitmennya yang tinggi iaitu sebanyak RM4.88
bilion pada 2016, RM14.74 bilion pada 2023 dan sejumlah RM5.14 bilion pada
2039.
1MDB juga memerlukan dana sekurang-kurangnya RM1.52 bilion
setiap tahun daripada November 2015 hingga Mei 2024 untuk membayar balik
pinjaman.
Sementara itu, bagi tempoh 2016 hingga 2023, kos pinjaman
yang perlu ditanggung oleh Kumpulan 1MDB berjumlah RM9.08 bilion.
Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) yang diterbitkan pada
2009 dijangka matang pada 2039 (30 tahun) dengan kadar bayaran pembiayaan
sebanyak RM287.50 juta setahun.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Komitmen Kumpulan 1MDB bagi IMTN daripada November 2015
hingga Mei 2039 berjumlah RM11.90 bilion yang merangkumi RM5 bilion prinsipal
dan RM6.90 bilion kos pembiayaan.
Baki pinjaman Kumpulan 1MDB dijangka berjumlah RM28.21
bilion manakala kedudukan aset Kumpulan 1MDB berjumlah RM27.01 bilion.
Sebahagian aset hartanah akan dibangunkan untuk menambah
nilainya dan memberi pulangan pada masa depan, kata Laporan tersebut.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel