Categories: Berita Lain

Jalur Lebar Dua Kali Lebih Pantas, Pada Separuh Harga – Gobind

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo


Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baharu, Gobind Singh
Deo berkata beliau akan berusaha mewujudkan sistem jalur lebar yang “double the
speed, half the price” (dua kali lebih pantas pada separuh harga) bagi
kemudahan rakyat.
Beliau berkata pada masa ini, ramai yang membuat aduan
berkenaan kualiti jalur lebar di Malaysia yang jauh berbeza dengan
negara-negara maju.
Gobind yang memulakan hari pertamanya bertugas di
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) semalam, berkata pihaknya akan
melihat pelbagai aspek termasuk masalah yang dihadapi syarikat telekomunikasi
dan mencari jalan penyelesaian terhadap masalah berkenaan bagi meningkatkan
kualiti perkhidmatan jalur lebar di negara ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kalau kita lihat jalur lebar di negara lain,
perkhidmatan yang diberikan itu taraf berbeza dengan apa yang kita (Malaysia)
ada, jadi tidak ada sebab kenapa kita tidak boleh mencontohi sistem-sistem lain
yang ada di luar negara. Itu adalah satu perkara yang saya akan cuba, juga
sebahagian daripada pelan 100 hari,” katanya dalam rancangan Bicara Khas
yang disiarkan secara langsung oleh RTM, malam tadi.
Justeru kata beliau, pihaknya akan mengadakan perjumpaan
dengan syarikat telekomunikasi untuk membincangkan perkara tersebut.

Gobind berkata beliau juga komited untuk menjamin kebebasan
media dalam melaporkan berita dan membuat kritikan kepada kerajaan.
Beliau berkata laporan berita dengan tepat tanpa berat
sebelah mampu mencorak pemikiran masyarakat, sekali gus membawa Malaysia
menjadi sebuah negara maju.
“Dalam Pakatan Harapan memang kita bersandarkan kepada
gelombang kita mahu menegakkan sistem kebebasan lebih kepada semua pihak dan
satu aspek yang penting ialah media,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Gobind berkata rakyat negara ini juga telah matang untuk
menonton program perdebatan di kaca televisyen bagi mendapat maklumat dan
memahami sesuatu isu yang timbul.

“Kalau kita nak adakan satu debat, perbahasan, saya
rasa tidak ada masalah, kita sebenarnya setiap hari ada perdebatan walaupun di
kedai kopi,” katanya.
Dalam pada itu, Anggota Parlimen Puchong yang terkenal
kelantangannya di Dewan Rakyat itu turut mengalu-alukan kritikan terhadap
kerajaan Pakatan Harapan oleh pihak pembangkang ketika di Parlimen.
“Saya harap mereka diberikan ruang sepenuhnya untuk
berbahas di Parlimen dan bawa isu-isu yang dekat dengan hati rakyat, kritik
kerajaan kita sebagaimana perlu, kita tidak seharusnya mempunyai speaker yang
menyekat pembangkang membawa isu-isu dan itu perbezaan kita dengan kerajaan
terdahulu,” katanya.
– Bernama

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

4 hours ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

1 day ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

3 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

5 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

6 days ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago