Categories: Berita Lain

PERTEKMA setuju bubar SPAD



PERTUBUHAN Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia (PERTEKMA) menyokong langkah kerajaan membubarkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Presidennya, Mohd Syahrir Abdul Aziz berkata, langkah itu tepat kerana SPAD sepanjang kewujudannya tidak banyak membantu membela dan meningkatkan perkhidmatan teksi.


“SPAD sepatutnya jadi penguatkuasa tetapi tidak berfungsi sebagai penguatkuasa. Sepatutnya SPAD menjaga hal ehwal urusan pengangkutan awam termasuk teksi.


“Akan tetapi benda (teksi e-hailing) yang tidak dilesenkan diuar-uarkan, manakala kami pemandu teksi diabaikan begitu saja.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Dalam isu e-hailng, syarikat sepatutnya ambil kami pemandu teksi, bukan beri kepada orang awam. Ini bukan cara hendak selesaikan masalah graduan menganggur dengan buat cadangan semua bawa teksi.


“Betullah cakap Tun M (Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad), takkan belajar tinggi-tinggi, kemudian suruh dia (graduan) bawa teksi.


“Ini jalan mudah kerajaan lepas tangan dari tanggungjawab mereka,” katanya kepada media selepas bertemu dengan Majlis Penasihat Kerajaan di Menara Ilham, hari ini.


Dalam mesyuarat pertama Kabinet semalam, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan SPAD akan dibubarkan dan tugasnya dikembalikan ke Kementerian Pengangkutan.


Langkah itu bertujuan memastikan agensi atau jabatan yang tidak relevan, tidak akan membebankan kerajaan.


Dalam pada itu, Mohd Syahrir turut menggesa kerajaan mengharamkan perkhidmatan teksi e-hailing kerana ia syarikat yang tidak membantu pemandu teksi apatah lagi untuk meningkatkan perkhidmatan teksi.


“Kami yang ada lesen dan tauliah mengapa tidak mahu dimanfaatkan. Grab dan Uber tidak berdaftar, kita tidak pernah tahu siapa mereka,” katanya.


Beliau berkata, SPAD dan kerajaan terdahulu tidak mengendahkan cadangan persatuan mengharamkan teksi e-hailing selain tidak banyak membantu untuk meningkatkan mutu perkhidmatan teksi.


“Kami mahu perubahan supaya dapat bersaing tetapi kerajaan tidak banyak membantu. Bantuan diberikan secara ‘one-off’ dan kami perlu usaha sendiri.


“Kami berharap kerajaan yang baharu ini akan lebih prihatin terhadap kami dan perkhidmatan teksi,” katanya.


-mymetro

Advertisement

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Hail Amir Meninggal Dunia Di HKL

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Penyanyi dan pelakon veteran Datuk Abdul Hail Amir meninggal… Read More

3 hours ago

‘Bila ibu ibu naik angin, rasain lo!’ – sekumpulan wanita mengamuk robohkan rumah perogol kanak-kanak perempuan

Sekumpulan wanita mengamuk dan melepaskan kemarahan dengan merobohkan rumah suspek perogol kanak-kanak perempuan bawah umur.… Read More

8 hours ago

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

24 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

1 day ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

1 day ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

2 days ago