Categories: Berita Lain

Siapa Yang Makan Coklat, Polis Tanya peguam Najib


Polis mengulangi pendirian akan menyiasat anggotanya yang
didakwa mengambil coklat dan makanan dalam peti sejuk, ketika menggeledah rumah
dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Najib Razak.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit
Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh yang mengetuai siasatan ke atas 1MDB
berkata, pihaknya menjalankan siasatan secara profesional kerana premis itu
ialah kediaman bekas perdana menteri dan keluarganya, lapor FMT.
“Kita dimaklumkan mengenai kehilangan coklat, kita minta
peguam kepada Najib untuk ke hadapan dan failkan laporan polis. Beritahu saya,
siapa yang makan coklat berkenaan dan kita akan siasat dari sana,” katanya
dalam sidang media di pejabat JSJK di Menara 238, hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Pada 19 Mei lalu, Najib dalam satu kenyataan membidas
anggota polis yang meminta makanan disediakan untuk mereka ketika menyerbu
rumah anaknya.
“Ini ditunjukkan dengan cara anggota polis mengambil makanan
dan coklat dalam peti sejuk,” katanya yang turut mengkritik polis melakukan
serbuan dengan “semberono dan tidak bertanggungjawab”.
Amar Singh berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur jika
dakwaan Najib mengenai anggota dan pegawainya memakan coklat adalah benar.
Katanya, Najib hanya boleh menuntut kasut bayi yang
dirampas, selepas menunjukkan bukti ia dibeli dengan wang mereka sendiri.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Tidak ada baju bayi yang dirampas. Pihak itu boleh buat
representasi kepada kita bahawa barangan itu dibelikan menggunakan wang beliau.
Setelah semuanya selesai kita akan pulangkan barangan.”
Dalam perkembangan lain, Amar Singh yang bakal bersara pada
8 Jun ini, enggan mengulas lanjut sama ada kerajaan sudah melanjutkan
kontraknya.
Ada media melaporkan kontrak Amar Singh dilanjutkan 6 bulan
lagi untuk melengkapkan siasatan ke atas kes 1MDB.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

1 week ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago