Categories: Berita Lain

Musa Aman Tidak Ikut Undang-Undang Jabatan Imigresen?

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali – Foto: NST

KUALA LUMPUR – Ketua
Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, bekas Ketua
Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dikesan tidak mengikut sistem dan
undang-undang Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi urusan keluar-masuk di
negara ini jika benar beliau kini berada di luar negara.
Astro Awani melaporkan, Mustafar berkata, berdasarkan rekod
jabatan itu, kali terakhir Musa yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah
keluar negara dari Lapangan Terbang Subang pada 10 April 2018 kira-kira pukul
8.02 malam menggunakan pasport diplomatik.

Menurutnya, tiada rekod masuk dan keluar semula dalam sistem
rekod yang ada.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Jika Musa keluar dari Malaysia tidak melalui pintu
diwartakan, tindakan itu adalah kesalahan di bawah Seksyen 5 Akta Imigresen.
“Jika Musa gagal mengemukakan pasport untuk keluar
Malaysia apabila dikehendaki pegawai Imigresen bertugas, tindakan itu juga
adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 2 Akta Pasport,” katanya hari ini.
Ditanya sama ada terdapat rekod dalam sistem jabatan itu
perjalanan keluar Musa selepas PRU14, Mustafar berkata, tiada rekod ditemukan.
Baru-baru ini, Musa yang dikehendaki Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kes rasuah dikatakan tidak berada di
Sabah kerana dipercayai berada di luar negara.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Semalam, Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman
mendoakan kepulangan abangnya,Tan Sri Musa Aman sempena Aidilfitri tidak lama
lagi.
Anifah berkata, kali terakhir beliau bertemu dengan Musa
ialah di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya di sini pada 10 Mei lalu.
Rabu lalu, media melaporkan, pegawai SPRM membuat serbuan ke
kediaman Musa tetapi gagal memasuki kediamamnya kerana tiada seorang pun berada
di rumah.

– Sinar Harian

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

2 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

3 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

22 hours ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago