Categories: Berita Lain

Muhyiddin Tolak Rayuan Jamal Minta Dilindungi


Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak
rayuan “melindungi” Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri
Jamal Yunos yang hilang selepas berjanji untuk menyerah diri kepada polis
semalam.
“Apa nak lindung apa? Dia tahu dia buat salah lepas tu
dia lari,” Muhyiddin memberitahu pemberita selepas hadir majlis berbuka
puasa Jabatan Penjara di masjid Penjara Kajang malam ini.
Muhyiddin berkata beliau juga meminta Ketua Polis Negara Tan
Sri Fuzi Harun mengesan Jamal yang dilaporkan disiasat untuk sembilan kes,
termasuk tiga daripadanya yang telah dibuat pertuduhan pada Jumaat lalu di
Hospital Ampang Puteri, lapor Malaysiakini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dalam satu kenyataan hari ini, ketua Jabatan Siasatan
Jenayah Selangor
Fadzil Ahmat mengesahkan polis sedang dalam proses
meletakkan Jamal dalam larangan perjalanan imigresen susulan desas-desus dia
melarikan diri ke Indonesia.
“Saya sedang minta KPN untuk memburu beliau.

“Dengar kata dia di Indonesia dan kita minta kerjasama
polis di sana untuk cari beliau bawa ke sini.
“Apa pun kesalahan saya serah pada pihak berkuasa untuk
ambil tindakan sesuai dengan undang-undang yang ada,” kata Muhyiddin lagi.
Selepas gagal hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang
Jaya semalam, Jamal mengeluarkan video yang dirakam di ladang kelapa sawit dan
menyatakan kebimbangannya akan ditangkap.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dalam klip tujuh minit, Jamal berkata kerajaan hari ini
sedang memangsakan dirinya disamping mengisytiharkan dia bukan seorang
penjenayah atau pengganas, walaupun mendakwa menerima layanan sedemikian.

Pemimpin ‘gerakan baju merah ‘ itu juga membuat pengakuan
peribadi kepada Muhyiddin meminta jaminan supaya beliau tidak akan menjadi
mangsa.
“Saya minta Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin, memberi saya jaminan sebagai seorang ahli politik, sebagai seorang
aktivis, saya tidak akan diperlakukan dengan buruk atau menjadi mangsa,”
“Saya mohon Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin
memberikan jaminan kepada saya seorang pemimpin politik, pemimpin aktivis
supaya tidak dizalimi, tidak dianiaya.
“Saya bukannya penjenayah tetapi saya diperlakukan seperti
penjenayah dan pengganas sekarang ini,” kata Jamal.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago