Connect with us

Berita Lain

Adik: Sekat Nik Omar Jadi Imam Hanya Sementara

Foto: Berita Harian

PETALING JAYA, 19 Mei ― Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata
larangan terhadap abangnya daripada mengimami jemaah dan berkuliah di masjid
Tok Guru di Pulau Melaka hanya bersifat sementara.
Katanya Nik Omar perlu mendapat restu ibu dahulu selepas
melanggarinya secara terbuka kerana bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH)
9 Mei lalu.

“Ia memberi kesan yang amat besar kepada seorang ibu yang
terpaksa menanggung rasa malu yang teramat apabila bersua dengan masyarakat
awam,” kata ahli parlimen Bachok itu dalam kenyataan di Facebook.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ia membawa kepada tindak balas keras daripada bonda yang
tidak pernah kami lihat dalam hidup kami sebelum ini. Ia terus memanjang
sehingga hari ini.”
Katanya adik beradiknya yang lain mendoakan agar Nik Omar
mendapat petunjuk Allah dan menjalankan kewajipan mentaati ibu bapa.
“Restu seorang ibu adalah lebih besar daripada restu 5 atau
10 juta rakyat Malaysia,” katanya.
Memetik laporan Malay Mail, semalam Nik Omar Nik mendakwa dihalang menjadi imam dan
berkuliah di masjid itu seperti biasa kerana menyertai PH.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beliau menyifatkan keputusan keluarganya itu sebagai “harga
yang terpaksa ditanggung” walau tewas bertanding kerusi negeri Chempaka dalam
pilihan raya umum.
Namun Nik Abduh menganggap sekatan tersebut tidak bermaksud
hubungan silaturahim antara mereka terputus sebaliknya kekal terjalin seperti
biasa.
“Setiap hujung minggu kami keluarga al Aziziah sentiasa
berkumpul untuk makan malam bersama bonda di rumah. Di situ keakraban akan
terus terjalin,” katanya,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel