Connect with us

Berita Lain

ADUN pembangkang pun dapat peruntukan

MENTERI Besar, Aminuddin Harun diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mat Ali Hassan beramah mesra bersama ketua ketua jabatan selepas perhimpunan pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan bilangan 1 tahun 2018 di Wisma Negeri, Seremban. FOTO Hazreen Mohamad


KERAJAAN negeri akan memberi peruntukan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi memastikan mereka dapat memberi perkhidmatan kepada rakyat di kawasan masing-masing.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata, peruntukan itu akan diberikan bermula tahun depan.


“Mereka (ADUN pembangkang) sudah membelanjakan 80 peratus peruntukan untuk tahun ini. Tiada peruntukan tambahan untuk mereka tahun ini, tidak adil untuk wakil rakyat yang baharu dilantik.


“Kita berikan baki peruntukan itu kepada wakil rakyat baru dilantik. Kita juga akan mengkaji untuk berikan peruntukan tambahan bagi membolehkan mereka berkhidmat kepada rakyat,” katanya pada sidang media selepas perhimpunan pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan di Wisma Negeri, Seremban, hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Aminuddin berkata, tanpa peruntukan, bagaimana seseorang ADUN itu dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik kepada rakyat.


“Wakil rakyat memerlukan peruntukan terutama yang baru dilantik kerana tanpa peruntukan agak sukar menjalankan kewajipan sebagai ADUN. Mereka dipilih oleh rakyat, jadi sedikit sebanyak saya akan beri, namun jumlahnya kita akan tentukan kemudian.


“Saya merasa sendiri bagaimana azab tidak ada peruntukan selama 10 tahun menjadi ADUN (Sikamat). Saya tidak mahu orang lain merasa seperti saya lalui sebelum ini, tidak perlu kita berdendam,” katanya.


Sementara itu, Aminuddin berkata, kerajaan negeri serius dalam menangani isu salah guna kuasa atau rasuah dan beliau sendiri sudah berjumpa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk berbincang mengenai perkara itu.


Katanya, pihaknya akan memastikan kepimpinan baharu tidak terbabit dalam isu berkenaan selain bersedia membongkar salah laku pemimpin sebelum ini, sekiranya ada.


-mymetro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel