Connect with us

Berita Lain

Agong bersidang esok mengenai pembebasan Anwar



JAWATANKUASA Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dijangka bersidang 5 petang esok mengenai pembebasan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, esok.


Naib Presiden PKR Nurul Izzah berkata, beliau dimaklumkan perkara itu oleh peguam, R Sivarasa, namun tidak mengetahui butiran lanjut mengenainya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Saya diberitahu oleh peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim pertemuan jawatankuasa pengampunan akan berlangsung 5 petang esok.


“Insya-Allah (Anwar) akan keluar esok tapi saya tak tahu butiran berapa lama sesi pertemuan itu mengambil masa,” katanya ketika ditemui media di Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur, hari ini.


Terdahulu, Nurul Izzah tiba di wad hospital berkenaan pada 11.13 pagi untuk bertemu bapanya sebelum keluar pada 1.10 petang bertemu dengan puluhan wakil media yang berkumpul sejak 9.30 pagi bagi mendapatkan perkembangan terkini Anwar.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia, Datuk Seri Zulkifli Omar turut dijadual hadir ke pusat rehabilitasi ini melawat Anwar pada 10.30 pagi, namun sehingga 1.30 petang ini, petugas media masih menantikan kehadiran beliau.


NSTP semalam melaporkan Rusli Ibrahim yang juga adik kandung kepada Anwar mengesahkan Ketua Umum PKR itu akan dibebaskan, esok.


Beliau berkata, pagi Selasa ini (esok) Jawatankuasa Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bersidang bagi membincangkan perkara itu.


Nurul Izzah sebelum ini juga memberitahu bapanya akan dibebaskan esok ketika dihubungi menerusi WhatsApp.


Anwar dipenjarakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2015 menolak rayuannya terhadap sabitan bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya serta hukuman penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Tinggi.


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat lalu berkata, Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V menyatakan kesediaan baginda untuk memberi pengampunan segera kepada Anwar.


“Ia adalah pengampunan penuh, yang juga bermaksud beliau bukan sahaja diberi pengampunan tetapi juga akan dibebaskan dengan segera apabila mendapat pengampunan,” kata Dr Mahathir.


-my metro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel