Connect with us

Berita Lain

Ajal pelajar digilis lori



PELAJAR maut digilis sebuah lori dalam kemalangan di Jalan Kampung Selamat, Tasek Gelugor, malam tadi.



Dalam kemalangan pada 10.15 malam, mangsa Wan Natasya Azwin Wan Asri, 15, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa bersama rakannya bergesel dengan sebuah lori.



Katanya, akibat itu mangsa gagal mengawal kenderaan lalu terjatuh dan anggota badannya digilis lori terbabit yang dipandu lelaki, 64. “Mangsa maut di lokasi kejadian, manakala rakannya mengalami luka-luka di mulut dan tangan.



“Pemandu lori itu dikatakan tidak sedar bahawa dia ada melanggar mangsa sebelum seorang individu datang ke rumahnya bagi memaklumkan bahawa dia terbabit dalam kemalangan,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Berikutan itu, pemandu lori terbabit membuat laporan polis berkaitan kemalangan berkenaan.



Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB) bagi proses bedah siasat, manakala rakannya turut dikejarkan ke hospital sama untuk rawatan.



Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



-mymetro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel