Connect with us

Berita Lain

Anggota polis bantuan temui ajal dalam kemalangan

KEADAAN kereta milik Fakhruddin yang remuk selepas merempuh sebuah lori dalam kemalangan di Ulu Klawang, Jelebu, hari ini. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap


“ABANG jadi pendiam ketika pulang bercuti di kampung pada Isnin lalu sedangkan dia seorang banyak cakap dan periang.” Begitu kata ‘Izzul Islam Lokman, 23, adik kepada Fakhruddin, 24, anggota polis bantuan yang maut dalam kemalangan di Kilometer 26 Jalan Seremban-Simpang Pertang berhampiran Kampung Renal, Ulu Klawang, Jelebu, hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Dalam kejadian pada 1.35 tengah hari, mangsa yang memandu Proton Waja dari arah Simpang Pertang menghala ke Seremban dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori syarikat konsesi pembersihan.


Mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.


Menurut ‘Izzul Islam, dia juga mendapati abangnya tidak banyak bercakap ketika bersahur pagi tadi, namun tidak bertanya mengapa dia bersikap begitu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Katanya, arwah abangnya sudah lima bulan bekerja sebagai polis bantuan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dan memang dikenali sebagai seorang peramah dalam kalangan ahli keluarga dan rakan.


“Paling terkilan, kami sudah berjanji untuk sama-sama membeli baju raya pada hari dia tidak bertugas, minggu depan,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Jelebu, hari ini.


Rakan Allahyarham, Muhammad Alif Ikhwan Abd Latif, 18, berkata arwah menjadi pendiam ketika mereka berjumpa dan bermain futsal di Simpang Durian.


Katanya, perubahan sikap arwah menimbulkan kehairanan kepada rakan-rakan, namun tidak bertanya lanjut dengannya kerana bimbang dia akan tersinggung.


“Saya kehilangan rakan yang baik hati dan suka membantu bila diperlukan,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jelebu Deputi Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, pemandu lori berusia 35 tahun terbabit tidak cedera dalam kejadian.


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41( 1 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


-mymetro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel