Connect with us

Berita Lain

Anwar Tidak Lupa Jasa Rakyat



Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kebebasan yang dikecapi
hari ini adalah kerana kebijaksanaan rakyat Malaysia yang inginkan perubahan.

Ketua Umum PKR itu berkata tanpa kebijaksanaan rakyat
Malaysia yang berbilang kaum adalah mustahil berlaku perubahan yang besar dalam
sejarah pemerintahan negara ini.
“Saya takkan ada di sini kalau rakyat tidak menentukan…
ia adalah rakyat Malaysia tanpa mengira kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain
yang menggemparkan negara dan memberi saya kebebasan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya tidak akan lupa jasa rakyat dan perjuangan
mereka. Ini pengajaran bagi saya. Jangan lupa kamu bebas kerana rakyat,”
katanya pada Pidato Datuk Seri Anwar Ibrahim di Seberang Perai Arena, di
Butterworth malam tadi.
Turut hadir, Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah
Anwar dan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow serta barisan kepimpinan
Pakatan Harapan (PH) negeri.
Sehubungan itu, Anwar berkata setiap pemimpin Pakatan
Harapan yang dipilih perlu membalas jasa rakyat dan jangan sesekali
mengkhianati amanah dan harapan rakyat.

Beliau berkata pemimpin Pakatan Harapan juga jangan
melenting sekiranya dikritik dan ditegur oleh rakyat serta media sebaliknya
mereka perlu memberi penjelasan kepada setiap teguran dan kritikan yang dibuat.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Sekarang baru lagi, kita nampak media banyak puji.
Tapi sebaik ‘settle down’, media berhak mengkritik kerana cara media
mengampulah pemimpin rosak.
“Sebab itu kita mesti terima kenyataan daripada media,
suara rakyat harus bebas untuk berikan pandangan dan teguran,” katanya.
Anwar berkata sebagai penghargaan kepada rakyat, beliau akan
mengadakan jelajah ke seluruh negara untuk menyatakan terima kasih kepada
rakyat Malaysia.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel