Connect with us

Berita Lain

Arul Kanda: 1MDB Tak Pernah Pindah 1 Sen Pun Ke Akaun PM


KUALA LUMPUR: 1MDB tidak pernah memindahkan wang ke akaun
peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Presiden 1MDB, Arul
Kanda Kandasamy.
“1MDB tidak pernah memindahkan walau 1 sen pun ke dalam
akaun peribadi perdana menteri,” katanya dalam satu sesi penjelasan secara
langsung bersama Presiden 1MDB di laman Facebook, Friends of BN semalam.
Arul Kanda turut menjelaskan isu pemindahan RM2.6 bilion
merupakan antara soalan panas yang sering ditanya kepadanya sepanjang sesi
ceramah umum yang dianjurkan bagi menjelaskan isu berkaitan 1MDB.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Sejak saya mengambil alih jawatan presiden dan ketua
pegawai eksekutif 1MDB pada Januari 2015, saya telah membuat ceramah dan
roadshow pada masa itu dan membuat temuramah dengan media tempatan dan
antarabangsa seperti BBC News, Bloomberg TV, Financial Times dan sebagainya,
ini bukan perkara baru,” jelasnya.
Katanya, berdasarkan penjelasan yang diberikan sepanjang
sesi ceramah umum, pemahaman masyarakat berhubung isu ini semakin jelas.
Bagaimanapun, katanya, sejak awal tahun ini, pembangkang
membuka semula cerita 1MDB dan mengitar semula berita lama yang sebenarnya
sudah tiada isu.
“Sebagai sebuah syarikat milik penuh kerajaan, 1MDB
mengambil keputusan mengadakan roadshow supaya setiap persoalan yang
dikemukakan rakyat mengenai isu itu terjawab. Sehingga hari ini, saya sudah
mengadakan sesi penerangan di 30 lokasi di seluruh negara.”


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Selain siri jelajah, penerangan berkaitan 1MDB dibuat
menerusi laman sesawang www.arulkanda.com yang menghimpunkan artikel, blog,
temuramah dan video ringkas penjelasan Arul Kanda berhubung isu 1MDB.
“Isu 1MDB ini sebenarnya adalah isu perniagaan, bagaimanapun
ianya sudah dipolitikkan.”
Sementara itu, mengulas status hutang negara, Arul Kanda
berkata, rakyat harus membandingkan kadar hutang negara dan keluaran dalam
negara kasar (KDNK) bagi mendapat gambaran sebenar.
Jumlah hutang kerajaan persekutuan pada hujung 2017 adalah
RM686.8 bilion atau 50.8% daripada KDNK dan ini lebih rendah daripada negara
lain.
“Kerajaan mempunyai keupayaan untuk membayar hutang
tersebut, di samping mempunyai polisi untuk mengurangkan jurang pendapatan
negara dan kadar hutang negara,” tambahnya.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel