Connect with us

Berita Lain

Azeez Rahim Sah Letak Jawatan Pengerusi Lembaga Tabung Haji

Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini mengesahkan beliau telah meletakkan
jawatan sebagai pengerusi Lembaga Tabung Haji. Kontraknya sepatutnya tamat pada Julai tahun depan.
Memetik laporan Harian Metro, Abdul Azeez berkata, surat peletakan jawatan itu dihantar ke
jabatan perundangan lembaga tersebut pada 14 Mei.

“Memang saya dah letak (jawatan Pengerusi TH) hari tu
(selepas BN kalah) dah betullah tu. Lepas tarikh itu (9 Mei), saya beri pada
legal (bahagian undang-undang TH).

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya ikut cara selamat, sama letak jawatan. Saya serah pada
bahagian perundangan TH, dia kena bagi (surat letak jawatan) pada menteri.
Kerajaan baharu tak nak (wakil) kerajaan lama, kita kena hormatlah, letak semua
jawatan, bagi surat,” katanya.

Advertisement
“Saya dilantik oleh menteri di Jabatan Perdana Menteri
(JPM), jadi peletakan jawatan saya mesti diserahkan kepada menteri yang
berkenaan.
“Saya sudah letak jawatan. Ia masih belum rasmi kerana
masih belum ada menteri.
“Pasukan perundangan saya akan menghantar surat kepada
jabatan yang berkaitan sebaik menteri (untuk Tabung Haji) dilantik,”
katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Media hari ini melaporkan Ahli Parlimen Baling itu
mengesahkan beberapa anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
mengunjungi rumahnya semalam.
Beliau ketika dihubungi Astro AWANI telah mengesahkan kira-kira
10 anggota SPRM datang ke rumahnya sekitar jam 1 petang semalam sebelum
memaklumkan kepada beliau untuk operasi menggeledah.
Sementara itu, BERNAMA turut melaporkan Abdul Azeez berkata,
sebahagian daripada wang tunai RM500,000 yang dirampas oleh SPRM dalam
pemeriksaan di kediaman dan pejabatnya semalam adalah untuk digunakan bagi misi
ke Gaza, Palestin selain sebahagiannya adalah peruntukan perbelanjaan UMNO
Bahagian Baling. – Malaysian Update

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel