Connect with us

Berita Lain

Bersatu Bakal Ganti UMNO?


SHAH ALAM: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diramal
bakal menggantikan parti keramat Melayu, UMNO satu hari nanti dan dijangka
menjadi ikon parti politik baharu dengan menampilkan kepimpinan lebih unggul,
bersih dan amanah.
Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof
Madya Dr Jeniri Amir berkata, tidak mustahil parti komponen Pakatan Harapan
(Harapan) itu menjadi pengganti kepada UMNO kerana ruang ke arah itu lebih
terbuka.
Bagaimanapun, katanya, perkara itu hanya dapat dicapai
sekiranya Bersatu bergerak atas landasan yang betul dari segi undang-undang dan
mengutamakan kepentingan rakyat keseluruhannya, lapor Astro Awani.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Bersatu lebih didominasi Melayu berbanding PKR dan DAP yang
membuka ruang penyertaan ahli kepada pelbagai kaum. Bukan sesuatu yang
mengejutkan apatah lagi dengan kemenangan dalam PRU14 lalu, Bersatu sudah pasti
memperoleh semangat lebih tinggi lagi.
“Dengan kepimpinan tertinggi lebih terarah kepada kerajaan,
keupayaan Bersatu jadi parti dihormati dapat dicapai asalkan mereka boleh elak
daripada terjebak dalam kelemahan serta isu yang membelit UMNO sebelum ini,”
katanya.
Jeniri berkata, Bersatu harus berupaya menjadi pengganti
UMNO dan mampu memperkenalkan dasar-dasar yang menguntungkan rakyat dan negara
secara keseluruhannya.
“Parti ini juga akan mempunyai besi berani yang dapat
menarik penyertaan rakyat dan ahli baharu dalam kalangan generasi muda.
“Maka tidak ada alasan Bersatu tidak diterima oleh rakyat,”
katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sebelum ini pada 5 April lalu Bersatu dibubarkan sementara
oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) berdasarkan notis mengikut Seksyen
14(5) Akta Pertubuhan 1966.
Kelulusan parti itu kemudian diperoleh selepas notis
pembubaran sementara Bersatu dibatalkan 16 Mei lalu.
Terdahulu Jeniri berkata, sukar untuk UMNO bangkit atau
kembali kepada kedudukan asal kerana rakyat kini hilang keyakinan terhadap
parti yang menjerumuskan negara dalam pelbagai isu serta kegagalan mengurus
kewangan negara.
“UMNO kini menjadi parti yang sudah terbungkam dan tidak
bermaya lagi.
“Majoriti rakyat sudah hilang kepercayaan dan bukan sesuatu
yang mengejutkan mereka akan kalah lebih teruk lagi dalam pilihan raya akan
datang. Lebih teruk UMNO kini berada di pihak pembangkang yang terhad dari segi
keupayaan sumber dan sebagainya,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel