Connect with us

Berita Lain

BN Hidu Taktik Pembangkang ‘Hantar’ Tun M Ke Hospital


BAGAN DATUK — Barisan Nasional (BN) telah menghidu taktik
pembangkang yang merancang untuk memasukkan bekas Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad ke hospital sebelum hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-14
(PRU14) 9 Mei ini.
Ketika mendedahkan perkara itu, Timbalan Perdana Menteri
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, strategi serangan mengejut saat akhir
(SLMA) pembangkang itu bertujuan meraih simpati daripada pengundi di Langkawi
dan kawasan lain.
Ahmad Zahid berkata beliau tidak menolak kemungkinan Dr
Mahathir, yang juga PPBM, akan melaksanakan taktik tersebut berdasarkan kepada
tindakannya baru-baru ini yang mendakwa pesawat dinaiki telah disabotaj.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ia (dakwaan) dibuat kerana (Dr Mahathir) mahu menagih
simpati sehari sebelum penamaan calon yang kononnya kejadian itu berlaku bagi
menghilangkan kelayakan beliau untuk bertanding di Parlimen Langkawi.
“Kita kenal beliau kerana kita pernah berketuakan
beliau. Strategi dan taktik itu mungkin berubah tetapi ‘template’ atau acuannya
sama sahaja untuk mengelirukan pengundi, memperoleh simpati dan menyalahkan
orang lain, walaupun kelemahan itu dilakukan oleh pihak beliau,” katanya.
Ahmad Zahid bercakap kepada pemberita selepas Majlis Kenduri
Kampung Peluasan Skop Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) – Program
Menghubung Menyatu Kementerian Komunikasi dan Multimedia Parlimen Bagan Datuk
di Kampung Pasang Api di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abdul
Rahman dan calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rungkup Datuk Shahrul
Zaman Yahya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sehubungan itu, Ahmad Zahid yang akan mempertahankan kerusi
Parlimen Bagan Datuk buat penggal keenam pada PRU14, meminta para pengundi agar
tidak terjebak dengan taktik dan dakyah terdesak pembangkang dalam usaha meraih
simpati.
Mengenai dakwaan pesawat disabotaj, beliau berkata Dr
Mahathir boleh meminta sebuah badan bebas atau syarikat antarabangsa lain untuk
melihat laporan dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia
(CAAM) sekiranya tidak berpuas hati.
“Saya fikir Datuk Seri Azharuddin A.Rahman (Pengerusi
CAAM) tidak menyorokkan fakta. Beliau tidak terlibat dengan mana-mana pihak dan
bertindak secara profesional. Jadi Dr Mahathir harus menerima penjelasan pihak
berwibawa, ertinya beliau harus meyakini dengan sistem yang beliau sendiri
pernah wujudkan dahulu,” katanya.
Sabtu lepas, Azharuddin menolak dakwaan sabotaj terhadap
pesawat yang sepatutnya menerbangkan Dr Mahathir dari Subang ke Langkawi.
Menurut Azharuddin pesawat jenis Bombardier Challenger CL60
yang dikendalikan oleh Vista Jet Limited tidak dapat diterbangkan ekoran
masalah teknikal yang kecil dan rutin iaitu kebocoran udara di roda kiri pada
muncung pesawat.
— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel