Connect with us

Berita Lain

‘Dah Tahu Siapa Menang Di Langkawi’



SHAH ALAM – Semakin hampir hari buang undi, semakin kencang
degupan jantung calon-calon yang bertanding dalam PRU14.

Namun, bagi kebanyakan rakyat, PRU bagaikan pesta dan
perayaan. Langkawi tidak terkecuali, bahkan lebih meriah.

Sejak hari penamaan calon pada 28 April lalu, pulau bebas
cukai itu menarik perhatian luar biasa bukan sahaja dalam kalangan masyarakat
tempatan, malah dari luar negara.
Berpuluh wartawan dan jurugambar dari merata pelosok dunia
datang untuk mengikuti kempen dan keputusan PRU14 yang berlangsung pada 9 Mei
depan.
“Kemeriahan Langkawi kali ini luar biasa. Beribu-ribu bilik
hotel dan homestay habis ditempah,” kata seorang pemandu kereta sewa.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Katanya, kerana ramai sangat pengunjung ada penduduk yang
buat bisnes kereta sewa secara bidan terjun.
Seorang peniaga di pulau itu memberitahu kumpulan-kumpu-lan
dari luar turut datang.
“Mereka bawa duit berkepuk-kepuk, belanja orang tempatan
makan,” katanya.
Kedai-kedai makanan penuh setiap hari dan kebanyakan
pelanggan bercakap pasal politik, terutama isu-isu yang berkaitan dengan
keputusan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi calon untuk
merebut kerusi Parlimen Langkawi.
Walaupun PRU hanya akan berlangsung empat hari lagi,
cakap-cakap di warung-warung itu seolah-olah satu keputusan tentang siapa yang
akan menang.
Sebahagian penduduk melihat Dr Mahathir sebagai pemimpin
yang banyak menyumbang kepada pembangunan Langkawi, sementara sebahagian
berpendapat sumbangan Dr Mahathir adalah atas kapasiti pemimpin kerajaan BN.
Dalam kempen memenangi hati pengundi, ada pihak dalam tempoh
sehari dua ini mengagihkan benih durian Musang King dalam kalangan 1,500
penduduk.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Ada yang sumbang RM500 kepada setiap peniaga kecil. Ada
kumpulan NGO bayar untuk 9 pelanggan di kedai-kedai dan ada membiayai khemah
untuk peniaga.
Semalam, ada pihak datang 
edarkan 1,000 helmet, cermin mata, jamu durian, sumbangan untuk anak
yatim dan ibu tunggal. Kemuncak-nya hadiah dua motosikal BMW melalui cabu-tan
nombor bertuah.
“Begitulah rezeki orang Lang-kawi nampaknya kali ni.
Dulu-dulu tak pernah meriah macam ni,” kata Husni Ali.
Husni, 48, lahir di Jitra, Kedah dan berhijrah ke Pulau
Mahsuri 25 tahun yang lalu. Rezeki yang datang seminggu dua ini, bagaimanapun,
tidak membantu peniaga seperti Husni. Dia jual kasut dan lain-lain barang.
“Untung  masa itu
Alhamdulillah. Tapi sejak ada GST tiga tahun lalu, perniagaan merosot. Kalau
dulu jualan boleh mencecah RM600 sehari, hari ini kalau dapat RM60 sehari dah
kira baiklah,” katanya.
Seorang lagi peniaga makanan, Ismail, turut mengeluh dengan
kos hidup yang semakin meningkat.
“Harap kerajaan faham kesusahan kami dan ambil tindakan
untuk ringankan bebanan kami,” katanya.
Beberapa penduduk senada bahawa mereka tidak berharap kepada
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kerana ia tidak banyak membantu.
“Kami nak kerajaan tolong kurangkan kos hidup yang makin
tinggi,” kata seorang jurucakap mereka.
Pemimpin dan petugas parti politik di Langkawi tidak
putus-putus sejak Dr Mahathir dilaporkan akan bertanding di situ. Pengerusi BN
Datuk Seri Najib Razak sendiri turun beberapa kali dan mengumumkan beberapa
projek.
Dr Mahathir, selaku Pengerusi Pakatan Harapan, sudah
beberapa kali beri ceramah di Langkawi dan kini dalam siri jelajah di seluruh
negara untuk calon-calon Hara-pan.
Pada malam sebelum hari mengundi, Dr Mahathir dijadualkan
menyampaikan ceramah terakhir di Langkawi yang akan disebarkan secara langsung
bukan menerusi televisyen, tetapi skrin gergasi ke seluruh negara.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Tidak pula diketahui setakat ini apakah Najib juga mempunyai
kejutan untuk pengundi pada saat-saat terakhir kempen 11 hari itu.
Dalam PRU ini, Dr Mahathir berhadapan dengan penyandang
Datuk Ir Nawawi Ahmad (BN) dan Zubir Ahmad (Pas).
Kerusi Dun Ayer Hangat melibatkan calon BN, Pas dan Harapan,
manakala kerusi Dun Kuah, melibatkan BN, Pas, Harapan dan bebas.
Pada PRU13, Nawawi menewaskan calon PKR dan bebas dengan
11,861 undi majoriti.



– Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel