Connect with us

Berita Lain

Daim: Mansuh GST, Kembalikan Subsidi Minyak Tak Jejas Ekonomi


Kerajaan baharu di bawah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad akan memastikan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan
pengenalan semula subsidi minyak tidak akan menjejaskan ekonomi Malaysia.
Majlis Penasihat Kerajaan yang baru ditubuhkan oleh kerajaan
itu yakin untuk memansuhkan GST dan mengembalikan semula subsidi minyak
berikutan mereka mempunyai kepakaran dan pengalaman yang berkaitan.
“Kita perlu melakukan analisis mengenai GST dan subsidi
minyak. Selepas GST dimansuhkan, yang paling penting kita dapat menghapuskan
rasuah dan pembaziran serta menjadi lebih cekap. Kita telah melakukannya
sebelum ini, (selama) 57 tahun tidak ada GST, tiada masalah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kami dapat mengendalikannya. Tiada sebab mengapa ekonomi
dipertaruhkan dan menjadi lebih teruk, jangan bimbang.
“Pada dasarnya, pengurus dana yang lebih bimbang
tentang GST. Mereka takut hutang akan meningkat. Kami tidak akan menaikkan
hutang lagi. Kami tidak bodoh.
“Ini adalah spekulasi yang tidak wajar. Ini merupakan
tindak balas normal apabila kerajaan baharu mengambil alih. Bagaimana wujud
ketidakpastian apabila ada manifesto dan semuanya pun ada,” kata bekas
Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin kepada Bernama selepas mempengerusikan
mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan di sini pada Sabtu.
Selain Daim, ahli lain daripada majlis itu adalah bekas
Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Presiden dan Ketua
Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Mohd Hassan Marican, Ahli Ekonomi Prof Jomo
Kwame Sundaram dan tokoh perniagaan Tan Sri Robert Kuok.
Kuok tidak hadir kerana berada di luar negara.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Menurut Daim, pada masa ini majlis itu tidak akan
mendedahkan bagaimana kerajaan akan mengimbangi pengurangan daripada pemansuhan
GST dan pengenalan semula subsidi minyak.
Beliau berkata majlis tersebut akan mengambil langkah
penting untuk memulihkan keyakinan pelabur.
“Pertama adalah GST, kemudian, kami akan memanggil
pegawai-pegawai di kementerian untuk memberi taklimat kepada kami mengenai
projek-projek mega, hutang negara, tadbir urus syarikat berkaitan kerajaan –
Tabung Haji, Mara, Felda, selain menangani ringgit,” katanya.
Mengenai siasatan ke atas 1Malaysia Development Bhd (1MDB),
Daim mendedahkan pasukan petugas khas akan ditubuhkan dengan segera bagi tujuan
itu di bawah bidang kuasa Majlis Penasihat Kerajaan.
Majlis itu telah mengenal pasti mereka yang dapat membantu
dalam siasatan tersebut dan mendapatkan semula berbilion dolar yang didakwa
dicuri daripada dana itu, katanya, sambil menambah majlis itu kemudiannya akan
mengemukakan laporan tersebut kepada kerajaan.
Menyelesaikan kemelut 1MDB merupakan antara janji yang
dibuat oleh Pakatan Harapan (PH) dalam manifestonya pada Pilihan Raya Umum
Ke-14.
Perdana Menteri semalam mengumumkan penubuhan majlis itu,
antara lainnya, akan membantu kerajaan baharu melaksanakan janji-janji yang PH
berjanji untuk memenuhinya dalam tempoh 100 hari dalam pentadbiran.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel