Connect with us

Berita Lain

Daim: ‘Tak Guna KDNK 10 Peratus Tapi Rakyat Menderita’


Kerajaan Pakatan Harapan adalah kerajaan yang mementingkan
rakyat lebih daripada pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK), kata
bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.
“Tak guna jika GDP 10 peratus sekalipun, tetapi rakyat
menderita. Pakatan Harapan pentingkan rakyat daripada KDNK. Tak guna KDNK
tinggi tetapi rakyat merungut harga mahai, itu ini.
“Kita pentingkan rakyat, bukan nak seronok tunjukkan pada
dunia. Itu dunia lain, kerana yang penting rakyat pilih kita dan kita menjaga
mereka,” katanya dalam temubual dengan Buletin Utama TV3.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan itu juga mendakwa,
kerajaan sebelum ini tidak mempedulikan rakyat.
“Waktu harga barang naik, mereka peduli pun tak, dia
marahkan rakyat pula, dia kata Singapura lagi mahal, kita bukan tinggal di
Singapura, kita tinggal di Malaysia.
“Inflasi juga dikatakan tiga peratus, lapan tahun
berturut-turut, tetapi rakyat tidak percaya kerana harga barang naik.
“Rakyat ketawa. Mereka tengok rakyat beli barang, barang
mahal, mana inflasi tiga peratus, sampai menteri pun jual ikan.” katanya.
Daim berkata, sewaktu Malaysia mengalami krisis pada tahun
1986 dan 1998 rakyat tidak bising.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


“(Ia kerana) pada waktu itu Tun Mahathir pentingkan rakyat.
Arahan kepada saya, jaga rakyat dulu, Pada 1986 kita pun potong gaji menteri,
sekarang kita laksanakan semula, supaya kita mahu rakyat berkorban, perdana
menteri perlu berkorban dulu,” katanya.
Kerajaan baharu tambahnya, akan menguruskan ekonomi dengan
baik.
“Cara menguruskan ekonomi dengan baik, satu dengan
mengurangkan hutang, kalau boleh jangan terus berhutang, tunjukkan
pertumbuhan,” katanya.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel