Connect with us

Berita Lain

Dakwaan Zahid Jumpa Penderma Arab Akan Turut Disiasat?


Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini mengumumkan pasukan
petugas dibentuk untuk menyiasat skandal 1MDB.
Antara lain, pasukan itu mengheret pesalah berkaitan jika
siasatan mendapati terdapat unsur-unsur jenayah, serta mendapatkan kembali dana
itu.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sering mendakwa
RM2.6 bilion dalam akaun pendahulunya Datuk Seri Najib Razak berpunca daripada
1MDB.
Siasatan antarabangsa, termasuk Jabatan Keadilan (DOJ)
Amerika Syarikat (AS) dalam saman pelucuthakan aset-aset berkaitan 1MDB, juga
selari dengan pendirian itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Najib berulang kali berkata ia adalah derma dan tidak pernah
disalahguna untuk tujuan peribadi.
Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali juga mengesahkan perkara
itu tetapi Mahathir menuduhnya menyembunyikan bukti.
Apandi menafikannya.
Kini pasukan petugas bawah Apandi itu diaktifkan kembali.
Ia mungkin menyaksikan bekas timbalan perdana menteri Datuk
Seri Ahmad Zahid Hamidi antara yang dipanggil memberi keterangan.
Pada 22 April 2015, Zahid memberitahu Umno bahagian Sri
Gading, Johor, bahawa beliau telah bertemu dengan anggota keluarga diraja Arab
yang dikatakan memberikan derma kepada Najib.
Zahid tidak menyebutkan namanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dilaporkan juga secara meluas bahawa wang itu didermakan
susulan komitmen Malaysia melawan keganasan dan kerana menjadi sebuah negara
Islam yang sederhana.
Zahid berkata, keluarga diraja itu terpegun dengan cara
Malaysia mempertahankan kedudukan itu tanpa menyinggung agama-agama lain.
“Itu antara jawatan diberikan pada saya bila saya tanya
mengapa derma itu diberikan. Mereka juga beritahu saya Malaysia bukan
satu-satunya yang diderma oleh mereka.
“Mereka juga bantu negara-negara Islam lain,” katanya.
Selain itu, Zahid, kini pemangku presiden Umno, mendakwa
bertemu dengan pegawai pelaburan keluarga diraja Arab itu.
Menurut beliau, pegawai itu menjejaskan bahawa AS$100 juta
pertama diberikan melalui cek atas nama Najib dan selebihnya melalui saluran
lain.
“Saya lihat dokumen itu sendiri – dokumen asal, bukan
fotostat, saya saya juga lihat aliran wang,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel