Connect with us

Berita Lain

Dapat Sambutan Meriah, Orang Pekan Masih Sayang Najib


Ketibaan Datuk Seri Najib Tun Razak di laman
pekarangan Bangunan UMNO Bahagian Pekan di Pahang hari ini disambut dengan
laungan kata-kata semangat oleh orang ramai.

Ahli Parlimen itu membuat penampilan kali pertama di
khalayak untuk merasmikan mesyuarat cawangan-cawangan UMNO dalam Bahagian Pekan
sejak kediamannya di ibu negara diserbu pihak polis pada malam 1 Ramadan lalu.
Penduduk setempat jelas teruja ceria setelah beberapa jam
menanti untuk bertemu sendiri dengan bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO
itu selepas beliau berundur ekoran Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 pada 9 Mei
lalu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Anggota Kelab Anak Wawasan Pekan (Kawan), Majlis
Permuafakatan NGO Parlimen Pekan dan orang ramai khususnya ahli UMNO di bahagian
itu menunggu sejak jam 4 petang ini untuk berjumpa Najib secara langsung.
Media tempatan melaporkan bahawa kehadiran mereka bagi
memberi semangat dan sokongan moral kepada Najib yang kini disiasat pihak polis
ekoran rampasan sejumlah wang tunai dan barang mewah di rumahnya di ibu kota.
Ketika menunggu, lagu patriotik Warisan dan lagu rasmi UMNO
iaitu Bersatu-Bersetia-Berkhidmat dimainkan bagi membangkitkan semangat hadirin
yang dalam keadaan jumlah cukup luar biasa dan luar dugaan banyak pihak.
Ada bawa kain rentang antaranya tertera ‘Kami benteng
hadapan YB Datuk Seri Najib selagi nyawa dikandung badan’ dan ‘Kami warga anak
jati Pekan Pahang sesungguhnya dukung penuh kepemimpinan Datuk Seri Najib’.
Sebaik sahaja beliau tiba pada pukul 5 petang, mereka
melaungkan ‘Hidup Najib’ dan mengiringi tokoh tersebut memasuki Dewan
Amphitheater untuk merasmikan mesyuarat cawangan-cawangan UMNO dalam Bahagian
Pekan.
Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di daerah
ini hari ini yang merupakan kunjungan pertama ke kawasan Parlimen diwakilinya
itu selepas PRU ke-14 menyaksikan kekalahan BN di peringkat Persekutuan.

Beliau berbaju kemeja biru tua manakala Rosmah berbaju
kurung bunga kuning dan selendang kuning tiba di kediaman mereka di Seri
Kenangan kira-kira 12.30 tengah hari, tiga jam selepas meninggalkan Kuala
Lumpur.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Kedua-dua mereka disambut kepemimpinan UMNO Bahagian Pekan
dan penduduk setempat. Najib ketika ditemui pemberita berkata bahawa beliau
pulang ke Pekan kerana rakyat di kawasan tersebut mahu beliau kembali.
“Mereka mahu menunjukkan penghargaan mereka dan terus
menyokong saya untuk semua perkara yang saya buat. Mereka mahu saya terus
berkhidmat kepada mereka sebagai ahli Parlimen. Saya bersyukur pulang ke sini,”
katanya.
Dalam pada itu, Najib dijadualkan turut hadir majlis berbuka
puasa, solat fardu Maghrib, solat Isyak, solat sunat terawih secara berjemaah
di Seri Kenangan.



– Mynewshub

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel