Connect with us

Berita Lain

Disuruh Mandul Punya Pasal, Rakyat Saman Kerajaan



TINDAKAN kerajaan Jepun memaksa tiga individu di negara itu untuk memandulkan diri dibantah oleh rakyatnya malah mereka turut menyaman pihak kerajaan.

Lapor akhbar tempatan, kerajaan Jepun berbuat demikian berdasarkan kepada undang-undang eugenik negara itu yang bertujuan untuk memperbaiki keturunan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Bagaimanapun, peraturan tersebut sudah tidak dipakai lagi di negara matahari terbit itu. Tindakan undang-undang yang diambil mangsa dengan saman difailkan di Tokyo dan beberapa tempat lain di Jepun.
“Saya berani ke depan dengan harapan lebih ramai mangsa lain yang derita sejak berdekad lama, akan berani bersuara dan bangkit bersama saya menuntut keadilan,” kata seorang mangsa iaitu Saburo Kita.
Dia telah dimandulkan ketika usia remaja lagi. Selepas berkahwin, dia tidak sanggup memberitahu isterinya sehinggalah isterinya meninggal dunia pada 2013.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Menurut penguamnya, Kita telah menuntut pampasan sebanyak 30 juta yen (RM1 juta) daripada kerajaan.
Dua lagi mangsa masing-masing dari wilayah Sendai dan utara Hokkaido akan memfailkan saman hari ini.
Kerajaan Jepun bertindak sedemikian atas sebab menjaga negara dan rakyatnya ke arah lebih baik berpandukan undang-undang eugenik Jepun.
Terdahulu, sebahagian pesakit kusta juga dipaksa menggugurkan kandungan kerana polisi yang tidak membenarkan mereka mempunyai anak.
Sejak 2005, sebuah mahkamah di Jepun buat pertama kali mengarahkan kerajaan bayar pampasan kepada seorang individu penghidap kusta yang terjejas dengan undang-undang itu. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel