Connect with us

Berita Lain

Dr Hilmi Letak Semua Jawatan Dalam Umno, BN

Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya – Foto: The Star Online

Ketua Umno bahagian Balik Pulau Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya
meletak semua jawatannya dalam Umno dan Barisan Nasional (BN) berkuatkuasa
semalam selepas kekalahan teruk parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Perkara itu diumumkan Dr Hilmi dalam satu kenyataan semalam.
Beliau berkata jawatan Ketua Umno bahagian Balik Pulau itu
akan dipangku oleh timbalannya Datuk Dr Muhamad Farid Saad.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kini, sudah sampai masanya saya mengundurkan diri dari
arena politik. Saya memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang mengabadikan
diri sebagai wakil rakyat di Parlimen Balik Pulau dan di peringkat persekutuan
ada salah dan silap yang telah dilakukan.
“Sesungguhnya saya hanyalah manusia biasa yang berusaha
sebaik mungkin untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat,”
katanya.
Dr Hilmi bagaimanapun menjelaskan beliau kekal menjadi
anggota Umno dan bersedia membantu semua pihak demi kepentingan rakyat.
“Saya mendoakan Umno akan kembali bangkit dan terus
membela untung nasib orang Melayu dan seluruh lapisan masyarakat di negara
ini,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pada PRU14, 9 Mei lepas, calon Pakatan Harapan, Muhammad
Bakhtiar Wan Chik menewaskan Dr Hilmi yang juga penyandang kerusi Parlimen
Balik Pulau dan calon PAS Muhammad Imran Muhammad Sa’ad dengan majoriti 6,464
undi selepas memperoleh 25,471 undi.


Dr Hilmi mendapat 19,007 undi manakala Muhammad Imran 5,298
undi.
Pada PRU14, BN Pulau Pinang kehilangan lapan daripada 10
kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu daripada tiga kerusi Parlimen yang
dimenangi pada PRU13 dan hanya berjaya mempertahankan DUN Sungai Dua dan
Permatang Berangan serta kerusi Parlimen Tasek Gelugor dan Kepala Batas.
Pakatan Harapan pula memenangi 37 kerusi DUN dan 11 kerusi
Parlimen manakala PAS menang satu kerusi DUN di Penaga. Pulau Pinang mempunyai
40 kerusi DUN dan 13 kerusi Parlimen, keseluruhannya.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel