Connect with us

Berita Lain

Dr M: Malaysia Akan Hubungi Beberapa Negara, Tuntut Wang 1MDB


PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia akan menghubungi beberapa
negara bagi mendapatkan balik dana yang didakwa diseleweng daripada 1MDB kerana
jumlahnya yang besar boleh menyelesaikan beberapa jenis hutang, kata Perdana
Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata penting bagi kerajaan mendapatkan balik wang
yang masih ada di Switzerland, Singapura, Amerika Syarikat dan mungkin juga di
Luxembourg, dengan jumlah yang agak besar dianggarkan AS$4.5 bilion berada di
Amerika Syarikat.
“Dahulu, tidak ada pengakuan daripada kerajaan (pimpinan
bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak) bahawa duit ini berasal dari 1MDB
dan dibersihkan di Amerika Syarikat. Oleh kerana, tiada pengakuan duit itu
adalah duit Malaysia, tiada tuntutan dibuat.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Jadi, kita hendak buat kenyataan duit ini kepunyaan
Malaysia, dan kita akan pohon supaya mereka bagi balik duit ini kepada
Malaysia. Jumlah agak besar dan akan menolong kita selesaikan beberapa jenis
hutang,” katanya di sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari
ini.

Menurut Dr Mahathir, perkara utama yang mendapat perhatian
kerajaan adalah isu rasuah khususnya 1MDB dan juga wang-wang yang diseleweng
oleh kerajaan lama.
Perdana Menteri berkata beliau sudah mendapatkan taklimat
daripada pihak polis serta Ketua Audit Negara dan membaca laporan pengauditan
1MDB yang sudah dikelaskan sebagai dokumen terbuka.
“Kita akan mengambil tindakan dan jika perlu, kita akan
membuat laporan polis. Apabila sampai tahap, kita boleh membuat tangkapan, kita
akan tangkap mereka yang bersalah. Untuk ini, tidak ada perbezaan antara orang
yang tertentu untuk didakwa,” katanya,
Semalam, Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamed dalam
satu kenyataan berkata laporan pengauditan 1MDB yang pernah dibentangkan kepada
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara (PAC) pada 4 Mac 2016 kini sudah boleh
dirujuk orang ramai.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dr Mahathir berkata terpulang kepada polis untuk memanggil
Najib bagi membantu siasatan berkaitan 1MDB.
Ditanya sama ada bukti mencukupi bagi mendakwa Najib, Dr
Mahathir berkata jika mempunyai bukti yang cukup, tindakan boleh diambil.
Kepada soalan sama ada Najib dikenakan tahanan rumah, beliau
berkata Najib hanya tidak dibenarkan ke luar negara.
Kepada soalan sama ada Najib diberikan imuniti, Dr Mahathir
berkata, “Kita akan ikut kedaulatan undang-undang dan undang-undang terpakai
kepada setiap orang tanpa mengira beliau pernah menjadi perdana menteri.”


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Ditanya sama ada kerajaan sekarang akan menanggung hutang
1MDB, Dr Mahathir menjawab: “Ya, kita perlu menanggungnya. Jika hutang itu
memberi implikasi kepada kerajaan, kita perlu bayar. Jika tidak kita akan
disaman dan dijadikan bankrap.”
Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri berkata mana-mana
pihak yang ditangkap tidak akan disoal siasat sehingga 4.00 hingga 5.00 pagi
seperti dahulu.

– FMT

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel