Connect with us

Berita Lain

Dr Maza: ‘Tak Pelik Bayar Hutang, Yang Pelik Buat Hutang Melampau’


Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin mempertahankan
penubuhan Tabung Harapan Malaysia oleh kerajaan bagi membantu ekonomi negara.
Katanya, tindakan itu tidak pelik, apatah lagi apabila ia
bersifat sukarela.
“Tidaklah pelik jika ada yang cuba tolong pihak Kerajaan
bayar hutang.
“Ia satu usaha yang bersifat sukarela. Siapa mahu boleh
berikan, siapa tidak mahu boleh biarkan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Namun, yang pelik lagi melampau ialah pihak yang membuat
hutang yang ditanggung oleh sekelian rakyat secara paksa tanpa rela,” katanya
yang juga sering dirujuk sebagai Dr Maza.
Selepas pengumuman perdana menteri semalam, terdapat warga
maya yang mempertikaikan langkah itu, termasuk pemimpin BN.

Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang antaranya berkata ia
sukar dipercayai kerana dibuat ketika kerajaan memperuntukkan RM40 juta untuk
membeli hak penyiaran Piala Dunia 2018 di RTM.
Sementara itu, menulis di Facebook hari ini, Asri
membandingkan perkara itu dengan pihak yang mengambil hutang untuk
“bermewah-mewahan”.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Lebih kejam lagi apabila pihak yang mengambil hutang itu
bermewahan, sementara rakyat yang menanggung hutang hidup dalam bebanan.
“Apa yang ganjil lagi ajaib apabila ada kelompok yang pernah
menyatakan mereka berpuas hati dengan isu penyalahgunaan harta awam tersebut,”
tulis agamawan yang sering lantang mengulas isu-isu politik negara itu.
Selepas mengambil alih pentadbiran negara, kerajaan Pakatan
Harapan mengumumkan hutang negara kini lebih RM1 trilion.

– Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel