Connect with us

Berita Lain

Enggan Kerjasama, SPRM Gagal Geledah Rumah Musa Aman

Bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Musa Aman – Foto: Malay Mail


Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
gagal membuat carian di hartanah milik bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Musa
Aman, lapor media hari ini.
Memetik sumber yang tidak dinamakan The Star melaporkan,
kegagalan itu berpunca daripada sikap peguam Musa yang enggan bekerjasama.
Katanya pegawai SPRM pergi membuat siasatan di dua rumah
Musa masing-masing satu di Kota Kinabalu dan Sandakan, namun peguam pemimpin
Umno Sabah terbabit enggan mengikut mereka, lapor Malaysiakini.
Disebabkan rumah terbabit kosong pada waktu itu, kata sumber
terbabit, pegawai SPRM tidak dapat memasuki premis terbabit kerana bercanggah
dengan prosedur agensi berkenaan

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Peguam (Musa) memberikan kunci rumah itu kepada
pegawai SPRM, namun mereka enggan menemani penyiasat membuat carian di situ.
“Mengikut prosedur SPRM, pegawai berkenaan perlu
diiringi semasa membuat siasatan. Disebabkan peguam terbabit enggan masuk
bersama, pegawai SPRM juga tidak memasuki premis tersebut,” katanya.
Laporan itu kemudian disahkan Timbalan Pesuruhjaya (Operasi)
SPRM Datuk Seri Azam Baki.
Sementara itu peguam Musa, Zahir Shah, menafikan laporan
lebih awal yang mendakwa sejumlah fail milik anggota dewan undangan negeri
Sungai Sibuga dirampas pihak berkuasa.

Siasatan ke atas Musa itu dipercayai berkait dengan dakwaan
amalan membeli undi selepas pilihan raya umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei lalu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Keputusan awal menyaksikan BN dan Parti Warisan Sabah
(WARISAN) masing-masing memenangi 29 daripada 60 kerusi kerusi Dewan Undangan
Negeri Sabah.
Musa mengangkat sumpah sebagai ketua menteri namun hayat
mandatnya itu tidak bertahan lama apabila sejumlah wakil rakyat memberikan
sokongan kepada WARISAN menjadikan parti dipimpin Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
mendapat majoriti.
Mohd Shafie yang juga bekas naib presiden Umno kemudian
dilantik menjadi ketua menteri.
Musa kini dipercayai sudah meninggalkan Malaysia. Sumber
SPRM memberitahu Musa sempat keluar dari negara ini sebelum namanya disenarai
hitam oleh Jabatan Imigresen.
Beberapa sumber mendakwa Musa, 67, berada di London dan
sedang berunding untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas kerajaan Sabah.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel