Connect with us

Berita Lain

Hannah Yeoh Dedah Mengapa Tanding Di Segambut


PUTRAJAYA – Naib Pengerusi DAP Selangor, Hannah Yeoh Tseow
Suan menegaskan dirinya yang bakal bertanding di Parlimen Segambut adalah untuk
keluar daripada zon selesa.
Beliau merupakan bekas anggota Dun Subang Jaya berkata, hari
ini beliau bertanding di atas tiket PKR.

“PRU kali ini, setiap rakyat mesti tinggalkan zon
selesa masing-masing. Saya juga telah tinggalkan zon selesa saya di Subang Jaya
dan bertanding di luar bagi mendapatkan satu kerusi bagi Pakatan Harapan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kenapa tidak bertanding di Selangor? Kami di Harapan
bila masuk politik bersama rakan lain, kami bukan nak dapatkan jawatan atau
gaji tinggi tetapi untuk perjuangkan kebajikan rakyat Malaysia. Sebab itu saya
tidak perlu berfikir panjang untuk tinggalkan jawatan yang selesa kerana kami
mahu satu negara yang selesa untuk rakyat Malaysia,” katanya yang
menegaskan dirinya bukanlah anti-Islam dalam ceramah kebangkitan rakyat, di
sini, sebentar tadi.
Beliau yang juga merupakan bekas Speaker Kerajaan Negeri
Selangor berkata, bukan beliau seorang sahaja dalam Pakatan Harapan
meninggalkan zon selesa, tetapi Nik Nazmi Nik Ahmad yang menjadi calon di
Setiawangsa dengan meninggalkan jawatan Exco Selangor, selain Fahmi Fadzil yang
akan bertanding di Parlimen Lembah Pantai untuk melawan Datuk Seri Raja Nong
Chik Raja Zainal Abidin
Katanya, malah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad juga meninggalkan zon selesanya.
“Semasa dalam Umno, beliau disanjung tinggi pemimpin
Ummo. Bila Tun tinggalkan zon selesa itu dan berdiri bersama kami (Harapan),
beliau dihina sampai gambar pun dipotong.
“Tetapi itulah pengorbanan untuk rakyat,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Tambahnya, hari ini DAP, Amanah, Bersatu sanggup bertanding
dengan menggunakan tiket PKR.
Katanya, penjawat awam Putrajaya, marilah ubah bersama kami,
usah gentar dan takut dengan BN.
Sementara itu, calon di Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Samsu
Adabi berkata, rakyat Malaysia hari ini ditimpa satu kemalangan besar.
“Rakyat Malaysia ditimpa kesusahan. Betul atau tidak?
Seluruh rakyat Malaysia berada di dalam negara ini terkesan dengan apa yang
dilakukan oleh pemimpin BN dan ini adalah malang untuk rakyat dari Perlis
hingga ke Sabah,” katanya.
Jelasnya, beliau berdiri di bumi Putarajaya ini bukanlah
sebagai keyua bahagian tetapi sebagai penyumbang suara rakyat yang akan
menyuarakan keresahan rakyat dan segala beban rakyat.
“Dalam PRU ini, rakyat akan hukum Umno-BN, rakyat akan
bentuk gelombang rakyat. Usah takut usah gentar,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel