Connect with us

Berita Lain

Hanya 3 menteri yang berani – KP SPRM



Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mendedahkan beliau bersama bekas ‘bosnya’ Tan Sri Abu Kassim Mohamed bertemu dengan Menteri Kabinet dan Majlis Raja-Raja untuk mendesak supaya Datuk Seri Najib Razak digantikan sebagai Perdana Menteri selepas terdapat bukti berlaku penyelewengan membabitkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru dilantik itu berkata, inisiatif mengadakan pertemuan itu digerakkan Abu Kassim yang ketika menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM.


“Kami berpecah untuk bertemu dengan semua menteri merayu dan meminta supaya buang dan gantilah Najib dengan orang lain, dengan (Datuk Seri Dr Ahmad) Zahid (Hamidi) ke, (Datuk Seri) Hishammuddin (Hussein) ke, sebab jumlahnya terlalu besar RM2.6 bilion.


“Daripada semua menteri yang kami temui, hanya tiga sahaja berani bersuara iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Yang lain semua takut.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Sekarang apabila sudah tidak jadi menteri, ada yang telefon saya dan kata ‘kalau saya dengar cakap kamu dulu pasti tidak akan jadi macam ini’…,” katanya pada sidang media di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, hari ini.


Turut hadir, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Azam Baki dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Datuk Jaafar Mahad.


Mohd Shukri berkata, selepas usaha meyakinkan menteri tidak berjaya, beliau dan Abu Kassim mengambil inisiatif berjumpa dengan Majlis Raja-Raja.


“Kami jumpa Majlis Raja-Raja dua kali dan mohon kepada Tuanku supaya tengok masalah 1MDB ini dan gantikan Najib sebagai Perdana Menteri tetapi kami hampa,” katanya.


Beliau turut mendedahkan ditemui sebanyak dua kali oleh seorang Ahli Parlimen dari utara Semenanjung yang bertanya apakah beliau mahu sesuatu apabila menyiasat penyelewengan 1MDB dan mahu Najib disingkirkan.


“Saya tegaskan supaya jangan ganggu siasatan saya. Biar kami tamatkan siasatan dan serahkan kepada Peguam Negara untuk putuskan.


“Kali kedua Ahli Parlimen ini datang dan tanya, saya kata kepadanya kalau Datuk tanya lagi saya akan tangkap mengikut Akta SPRM,” katanya.


-mymetro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel