Connect with us

Berita Lain

Jamal jumpa polis esok



KETUA UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos dijangka tampil memberi keterangan berhubung isu ‘kehilangannya’ kepada pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, esok.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Menerusi satu rakaman suara yang diedarkan kepada pihak media, hari ini, Jamal berkata, beliau turut akan mengadakan sidang media berhubung perkara itu sebaik selesai memberi keterangan.


“Saya ingin memberi sidang media berhubung kemelut yang saya hadapi sekarang ini kononnya saya melarikan diri daripada reman, daripada kawalan polis.


“Sebenarnya perkara ini tidak berlaku, cuma sedikit salah faham seperti yang saya nyatakan sebelum ini… untuk menyelesaikan kemelut ini, esok saya akan hadir ke IPD Ampang Jaya (untuk beri keterangan),” katanya menerusi rakaman suara itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Jumaat lalu, Jamal dilaporkan menjadi buruan polis selepas menghilangkan diri dari Hospital Pakar Ampang Puteri.


Beliau sebelum itu didakwa atas tuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan sejumlah botol arak, tahun lalu, ketika menerima rawatan di hospital terbabit, 10.45 pagi.


Difahamkan kehilangan Jamal disedari Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam yang datang ke hospital itu pada 5.30 petang.


Jamal dikatakan tiada di bilik wad, namun peguam dan penjaminnya masih berada di hospital berkenaan.


Peguam Jamal mendakwa beliau didapati hilang sejak 3 petang sebaik kesnya didengar Majistret Raja Noor Dilla Raja Mahyaldin dan diberi jaminan sebanyak RM3,000.


Bagaimanapun, Jamal akhirnya muncul dan menghubungi pasukan peguamnya untuk menyelesaikan proses ikat jamin yang tergendala, Ahad lalu.


Peguamnya, Datuk Mohd Imran Tamrin memaklumkan Jamal sudah menghubunginya dan memaklumkan sedia memberikan kerjasama kepada pihak polis untuk menyempurnakan proses berkenaan.


Jamal mendakwa pada petang hari kejadian, beliau bergegas keluar dari hospital setelah selesai proses “discharge” (keluar wad) untuk mengejar urusan waktu pejabat yang lain.


Pada ketika itu, beliau beranggapan proses ikat jamin telah selesai dan sempurna.


-mymetro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel