Connect with us

Berita Lain

Jamal Yunos Hilangkan Diri Dari Hospital


AMPANG: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal
Yunos menghilangkan diri dari Hospital Pakar Ampang Puteri, di sini, petang
tadi.
Beliau sebelum ini didakwa atas tuduhan melakukan mudarat
awam dengan memecahkan sejumlah botol arak, tahun lalu, ketika menerima rawatan
di hospital sama sekitar jam 10.45 pagi, hari ini.
Difahamkan kehilangan Jamal disedari Penolong Pendaftar
Mahkamah Shah Alam yang datang ke hospital itu pada jam 5.30 petang.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Jamal dikatakan tiada di bilik wad, namun peguam dan
penjaminnya masih berada di hospital berkenaan.
Foto: Berita Harian

Peguam Jamal mendakwa anak guamnya didapati hilang sejak jam
3 petang selepas kesnya didengar Majistret Raja Noor Dilla Raja Mahyaldin dan
diberi jaminan sebanyak RM3,000.
Susulan itu, operasi sekatan jalan raya dilakukan pihak Ibu
Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya bagi mengesan Jamal.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior
Asisten Komisioner Fadzil Ahmat ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima
laporan berhubung kejadian itu.
“Beliau (Jamal) didakwa atas tiga pertuduhan hari ini
di hospital berkenaan dan pihak Majistret menawarkan ikat jamin RM3,000 untuk
setiap kes.
“Sementara proses dokumentasi jaminan mahkamah sedang
berjalan, Jamal sudah meninggalkan kawasan hospital terbabit.
“Beliau akan dihubungi semula untuk menyelesaikan
proses dokumentasi jaminan mahkamah berkenaan,” katanya.

– BH Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel