Connect with us

Berita Lain

‘Jangan hina anak saya anak banduan’ – Azri



BEKAS bintang Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9), Azri mengakui masih mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran selepas dibebaskan dari Penjara Kajang, Jumaat lalu.


Azri atau Mohamad Azri Abdullah, 31, ketika ditemui berkata, timbul perasaan takut untuk berdepan dengan masyarakat kerana status dimiliki kini sebagai bekas banduan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Alhamdulillah, saya bersyukur dibebaskan selepas 14 hari dipenjara. Sepanjang berada di dalam, saya hanya memikirkan keluarga, isteri dan anak-anak.


“Namun, apa yang membuatkan saya bimbang adalah persepsi masyarakat. Saya sedar, status banduan pasti dipandang hina dalam kalangan masyarakat.


“Mujur ada isteri yang sentiasa memberikan kata-kata semangat. Dia selalu pesan, jangan takut dengan orang sekeliling kerana Allah lebih berkuasa. Apa yang penting, orang luar tidak tahu perkara sebenar,” katanya kepada Harian Metro.


Dalam masa sama, Azri yang juga suami kepada penyanyi, Salma Asis memohon agar masyarakat berhenti mengejek anak tirinya, Putri Nurul Huda, 11, sebagai anak banduan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Azri berkata, sepanjang dipenjara Putri sering mengadu diejek rakan sekolah dan ditanya berulang kali oleh guru mengenai kes yang berlaku.


“Kalau nak hina saya, silakan, tetapi jangan babitkan keluarga terutama anak. Dia sudah besar dan mengerti apa yang berlaku. Dia juga ada hati dan perasaan.


“Setiap hari pulang ke rumah dia menangis kerana diejek. Malah dalam kalangan cikgu pun sering bertanya hingga mengguris hatinya. Perkara ini membuatkan dia takut ke sekolah selama seminggu.


“Saya sudah dijatuhkan hukuman dan menganggap ini satu bentuk pengajaran. Biarlah ia menjadi pengalaman untuk diri sendiri,”€ katanya.


Tidak cukup dengan itu, Azri mengakui anak bongsu, Andi Raisya, tiga tahun masih kekok untuk bersamanya.


“Memandangkan saya berambut pendek, jadi anak tidak kenal. Kalau saya nak dukung dia lari. Disebabkan itu, saya perlu memakai topi agar dia dapat menyesuaikan diri.


“Berbeza dengan dua anak lain, mereka memang tidak boleh berenggang dengan saya sama seperti sebelum ini,” katanya.


Azri juga berkongsi dia mengalami hilang selera makan hingga berat badan berkurangan dan masih demam panas.


-mstaronline

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel