Connect with us

Berita Lain

Jangan potong kaki ibu !



TERKEJUT melihat kaki kanan ibunya dipotong, seorang lelaki tiba-tiba mengamuk malah mengancam seorang doktor dalam kejadian di Hospital Miri, di Miri, petang kelmarin.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Dalam kejadian pada jam 2.30 petang itu, lelaki berusia 30-an itu tidak berpuas hati apabila pihak hospital memotong kaki kanan ibunya yang mengidap kencing manis.


Menurut sumber, lelaki terbabit bertindak menghentak meja tempat bertugas doktor terbabit menggunakan topi keledar selain menggunakan bahasa kurang sopan.


“Lelaki terbabit tidak berpuas hati dan menyalahkan pihak hospital kerana memotong kaki kanan ibunya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Bagaimanapun, hasil semakan, pihak hospital sudah memperoleh persetujuan keluarga pesakit untuk melakukan pemotongan kaki itu,” katanya.


Katanya, sebagai langkah keselamatan, doktor berusia 27 tahun itu turut membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Pusat Miri.


“Ini kerana ketika kejadian, sebilah pisau turut dilihat diselit pada baju lelaki terbabit sekali gus mengakibatkan doktor berkenaan bimbang dengan keselamatannya,” katanya.


Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.


-mymetro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel