Connect with us

Berita Lain

Jho Low Ada Kaitan Dengan Petro Saudi, Kata Justo

Bekas pegawai PetroSaudi International Ltd., Xavier Andre Justo – Foto: Bernama

PUTRAJAYA – Lelaki warga Switzerland yang juga bekas pegawai
PetroSaudi International Ltd., Xavier Andre Justo menegaskan, ahli perniagaan
Low Taek Jho atau Jho Low sememangnya mempunyai kaitan dengan skandal
membabitkan 1MDB.
Melalui satu temubual eksklusif bersama akhbar The Star,
Justo yang merupakan individu bertanggungjawab membongkar skandal itu
menjelaskan, dia telah menemui Jho Low sebanyak dua kali bagi membincangkan
mengenai 1MDB atau PetroSaudi International.

Sebelum ini terdapat bukti yang mendedahkan, daripada
perbelanjaan awal AS$1 bilion (RM3.9 bilion) yang dipindahkan ke PetroSaudi,
sejumlah AS$700 juta dimasukkan ke dalam akaun milik sebuah syarikat dikenali
sebagai Good Star, syarikat dikendalikan Jho Low sebagaimana dimaklumkan dalam
kertas siasatan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Mengulas mengenai tindakannya mendedahkan skandal tersebut,
Justo berkata, dia mula mengesyaki sesuatu selepas menyedari sejumlah besar
wang dikendalikan dan PetroSaudi mendapat komisen tinggi.
“(Pegawai tertinggi PetroSaudi) Tarek Obaid dan Patrick
Mahony mempunyai akses kepada angka sebenar tetapi saya tahu ada sesuatu yang
tidak kena berlaku.
Terdapat komisen dalam perniagaan minyak. Itulah caranya dan
tidak perlu menjadi naif. Perniagaan minyak bermakna rasuah,” katanya dalam
temubual eksklusif itu.
Justo berkata bukanlah sesuatu yang pelik sekiranya
mengambil komisen antara satu hingga lima peratus, namun adalah pelik untuk
mengambil lebih 80% sebagai komisen dalam urusniaga tersebut.
Malah Justo berkata dia juga terkejut apabila skandal itu
boleh menjadi semakin panas dan merebak daripada PetroSaudi, kepada syarikat
lain di Timur Tengah.
“Ia sukar dipercayai bagaimana sikap tamak individu-individu
tersebut. Mereka benar-benar berpendapat apa sahaja yang ada di dalam bank
pusat Malaysia adalah milik mereka,” ujarnya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Justo berkata dia menyimpan fail dari PetroSaudi ynag
diperolehi kerana mahu menuntut wang yang sepatutnya dibayar syarikat tersebut
kepadanya.
Bagaimanapun katanya fail-fail berkenaan kemudian didedahkan
sehingga mencetuskan siasatan terhadap skandal rasuah terbesar di dunia.
Menurut Justo lagi, fail itu diserahkan kepada pemilik The
Edge Communications, Tong Kooi Ong menerusi Editor Sarawak Report, Clare
Rewcastle Brown selepas yakin terhadap keikhlasan dan motivasi mereka untuk
mendedahkan skandal 1MDB.
“Pada awalnya sudah tentu saya kata saya mahukan wang. Saya
boleh menjual fail tersebut untuk mendapatkan banyak wang. Saya hanya menuntut
wang ‘hutang’ PetroSaudi terhadap saya.
“Saya hanya mahu kesemua mereka, bermula dari yang pertama
sehingga individu terakhir dihukum kerana kesalahan jenayah mereka,” katanya.
Namun menurutnya, ianya bukan semata-mata kerana wang.
“Bukan sahaja mengenai wang yang mereka curi.  Wang itu sepatutnya digunakan demi pendidikan
dan penjagaan kesihatan kanak-kanak, bukan untuk beg mewah, bot, jet dan
pelacur,” katanya kepada The Star.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Malah Justo juga mendedahkan, lebih teruk lagi, pihak berkenaan
bukan sahaja membuat ugutan malah menyebabkan kehilangan nyawa.
“Saya telah dihantar ke penjara. Mereka juga mengugut isteri
saya untuk dipenjara dan menghantar anak lelaki saya ke runah anak yatim.
Mereka perlu ‘membayar’ semua itu,” katanya yang telah dipenjarakan selama tiga
tahun di Thailand.
Justo turut mendakwa pentadbiran Najib berkomplot dalam
menghantarnya ke penjara.
“Saya tidak pernah disabitkan dengan apa-apa (kesalahan).
Saya seorang pegawai bank, saya tidak mahu ia berlaku, namun jika orang fikir
saya lelaki jahat, biarlah.
“Namin jika orang fikir saya adalah wira, saya bukan seorang
wira. Wira sebenar adalah rakyat Malaysia,” katanya.
Malah Justo kehidupan kini lebih baik tetapi pengalaman itu
telah mengubah kehidupannya.
“Semuanya baik-baik sahaja. Percayalah, saya sudah biasa
menjalani taraf kehidupan yang tinggi. Sekarang saya tidak ambil peduli lagi.
Saya hanya mahu bersama rakan-rakan dan keluarga,”katanya kepada The Star.



– Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel