Connect with us

Berita Lain

Jho Low: “Serahkan Kepada Kami…”

Foto: FMT

PETALING JAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan
kerajaan Pakatan Harapan mengetahui lokasi ‘persembunyian’ ahli perniagaan, Low
Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low ketika ini.
“Kita secara kasarnya tahu di mana dia berada,”
katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Isnin.
Dr Mahathir berkata demikian apabila ditanya sama ada
permohonan proses ekstradisi terhadap Jho Low secara rasmi telah dilakukan
setakat ini.
Ditanya tentang cara yang akan digunakan untuk membawa
pulang Jho Low Dr Mahathir berkata:

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Serahkan kepada kami…saya tidak pergi tangkap orang,
kita ada agensi yang akan berbuat demikian,” katanya.
Terdahulu, nama Jho Low disebut dalam saman Jabatan
Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) dan didakwa melakukan penyelewengan dana
berkaitan dengan 1MDB.
Pendakwa raya di Singapura juga menamakannya sebagai
individu utama dalam siasatan berkaitan 1MDB, menambah Jho Low menggunakan wang
yang dijejaki ada kaitan dengan syarikat pelaburan negara itu untuk kepentingan
dirinya sendiri.
Dalam dokumen mahkamah, pendakwa berkata Jho Low menerima
sejumlah wang yang besar.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Menurut dokumen itu, kira-kira AS$1 bilion yang sepatutnya
digunakan 1MDB untuk pelaburan dalam usaha sama dengan PetroSaudi International
Ltd dipesongkan ke dalam akaun bank dimiliki oleh Jho Low, yang kini
menghilangkan diri.
Jho Low bagaimanapun menafikan sebarang salah laku.

– mStar Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel