Connect with us

Berita Lain

Jom Bantu Negara Bayar Hutang!



KUALA LUMPUR – Atas dasar patriotisme dan cintakan negara, seorang rakyat Malaysia melancarkan laman sesawang bagi mengumpul dana membantu meringankan bebanan hutang negara berjumlah RM1 trilion.

Pegawai Undang-undang, Nik Shazarina Bakti,27, berkata, inisiatif ini bermula atas sebab patriotisme.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Umum mengetahui bahawa hutang negara terkini ialah RM 1 trillion. Saya bersama keluarga dan rakan- rakan sering berbincang tentang cara mengurangkan hutang negara, namun ia cumalah perbualan santai dan imaginasi kami.

“Tetapi pada hari Rabu lepas, terdetik idea ini untuk mengumpul wang dengan sumbangan seluruh rakyat Malaysia untuk menolong kerajaan, melalui ‘fundraising platform’,” katanya kepada Sinar Harian.

Nik Shazarina berkata, beliau sering membaca di akhbar luar negara tentang inisiatif seperti ini jika mereka menghadapi masalah kesihatan, bencana alam atau untuk penambahbaikan komuniti setempat (seperti pembinaan sekolah, membaiki paip air atau jalan).

“Jadi saya sebagai rakyat Malaysia, tercetus idea ini.

“Kemudian terus mengambil kesempatan ini dengan pertolongan keluarga, rakan- rakan dan juga Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin dan aktivis masyarakat, Datin Paduka Marina Mahathir,” ujarnya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement


Beliau menjelaskan,golongan sasaran untuk projek ini melibatkan seluruh rakyat Malaysia.

“Golongan sasaran saya untuk bersama mengumpul dana ini ialah seluruh rakyat Malaysia, tidak kira agama, bangsa, latar belakang ataupun umur.

“Saya lakukan ini supaya rakyat Malaysia yang lain yang mempunyai misi yang sama dengan saya boleh menyumbang untuk menolong negara kita,” tegasnya.

Nik Shazarian bercadang akan menyampaikan hasil kutipan daripada kempen ini kepada Kementerian Kewangan supaya ia dapat disalurkan untuk meringankan beban rakyat.

– Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel