Connect with us

Berita Lain

Jual Harta Bekas Presiden, Bayar Hutang Negara


GAMBIA menjual beberapa pesawat dan sejumlah kereta mewah
dibeli bekas Presiden, Yahya Jammeh demi mengurangkan hutang kerajaan dibuat
ketika tempoh pemerintahan panjang diktator itu.

Jammeh merampas kuasa pada 1994 dan melarikan diri dari
Gambia, Banjul pada tahun lalu, ketika beberapa negara jiran Afrika dijangka
campur tangan secara ketenteraan untuk menggulingkan beliau kerana enggan
meletak jawatan susulan kekalahan pilihan raya kepada Presiden Adama Barrow.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Kebanyakan rakyat negara itu miskin di bawah antara rejim paling
kejam di Afrika Barat, namun Jammeh mengumpul banyak kekayaan yang dibawa
bersamanya dalam beberapa pesawat ke Equatorial Guinea.
Bagaimanapun, sejumlah kenderaan termasuk beberapa kereta
Rolls-Royce yang tertulis nama Jammeh pada kerusi kulitnya ditinggalkan di
landasan kapal terbang.
“Semua kereta mewah di State House dan tiga pesawat yang
dibeli bekas Presiden Yahya Jammeh sedang dijual. Kementerian akan menerbitkan
harga jualannya tidak lama lagi,” kata Menteri Kewangan, Amadou Sanneh.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Kelmarin, Tabung Kewangan Antarabangsa memberi amaran
terhadap Gambia supaya tidak melakukan pinjaman baharu selepas hutang negara
itu mencecah 130 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setakat
akhir tahun lalu. – Reuters


Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel