Connect with us

Berita Lain

Justo: Saya Mahu Dipenjara Hingga PRU, Diheret Ke Malaysia


KUALA LUMPUR, 25 Mei — Xavier Andre Justo, antara saksi
penting siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), mahu dipenjara sehingga
selepas pilihan raya umum lalu.
Bekas pegawai PetroSaudi International itu, yang membocorkan
banyak maklumat skandal tersebut, mahu dikurung di Thailand sehingga Ogos 2018,
lapor Star Online.
“Saya menerima hukuman tiga tahun penjara. Kebetulan
saya dihukum pada Ogos 2015. Jika tambah tiga tahun, [hukuman] itu berakhir
Ogos 2018.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Jadi saya diberitahu mereka mungkin mahu saya di
penjara sehingga selepas pilihan raya umum [di Malaysia],” kata warga
Switzerland itu.
Justo, 52, ditahan polis negara jiran atas tuduhan mengugut
bekas majikannya selepas mencuri fail dan emel berkaitan kes itu untuk dijual.
Selain menafikan mencuri fail dan emel dari pelayan syarikat
tersebut, beliau juga mendakwa sengaja diperlakukan begitu untuk mencemar
namanya.
Ketika di Thailand, beliau yang mendakwa tindakan
terhadapnya bersifat “politik” dan usaha “menyembunyi”
skandal itu mahu dibawa ke Malaysia.
Beberapa pegawai kerajaan Malaysia ketika itu datang
melawatnya di penjara dan mahu mengekstradisinya ke sini berhubung kes itu,
yang mula menggoncang politik negara.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Namun Justo tidak jadi diheret ke Malaysia berkat bantuan
diplomat Switzerland, antara negara yang menyiasat aliran wang haram 1MDB.
Beliau hanya menghabiskan masa selama 18 bulan dalam penjara
selepas menerima pengampunan diraja sebanyak dua kali.
“Pihak berkuasa Switzerland cukup menakjubkan. Saya
mendapat sokongan penuh mereka,” katanya.
“Mereka datang melawat saya hampir setiap minggu
menyampaikan berita untuk saya. Mereka memaklumkan saya tidak akan dibawa ke
Malaysia.”
Dalam temubual eksklusif dengan akhbar itu, Justo percaya
hukuman penjara tiga tahun di Thailand keterlaluan bagi dakwaan
“jenayah” terhadapnya.
Justo bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada
awal minggu ini dan kemudiannya hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM), dipercayai membantu siasatan kes 1MDB.

– Malay Mail

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel