Connect with us

Berita Lain

Kenyataan Media Tun Abdullah Ahmad Badawi


Berikut kenyataan media bekas bekas Perdana Menteri, Tun
Abdullah Ahmad Badawi.
1. Pada 9 hb Mei 2018 rakyat Malaysia yang layak akan
mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke 14. Sekali lagi rakyat Malaysia yang
bertanggungjawab akan mengundi bagi menentukan masa hadapan keluarga,
masyarakat dan negara.
2. Pada umumnya Malaysia sudah melalui pengalaman yang
mematangkan. Rakyat Malaysia telah melaksanakan hak demokrasi mereka sebanyak
13 kali dan jika dimasukkan bersama pilihanraya 1955, pilihan raya kali ini ialah
kali yang ke15. Rakyat Malaysia sudah cukup pengalaman untuk memahami erti
demokrasi dan setiap 5 tahun sekali mereka menunaikan tanggung jawab mereka
dengan penuh bijaksana.
3. Pilihan Raya ke-14 bakal menentukan keupayaan Negara dan
masyarakat menghadapi cabaran-cabaran baru yang tidak pernah dialami sebelum
ini. Pilihanraya ini juga akan menentukan kerajaan yang akan menjaga dan memacu
negara dimasa hadapan. Sama ada masa hadapan negara akan terus maju, makmur dan
aman bakal ditentukan oleh kerajaan yang akan dibentuk pada tahun 2018 ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

4. Malaysia yang berada diambang menjadi negara maju
sepenuhnya dengan rakyat berpendapatan tinggi tidak boleh mengelak daripada
kesan kesan globilasasi. Semua cabaran ini perlu ditangani oleh sebuah kerajaan
yang kuat dan stabil lagi berpengalaman. Kerajaan yang kuat dan stabil hanya
boleh didirikan diatas mandat yang kukuh oleh pemimpin pemimpin yang benar
benar dapat bekerjasama untuk kebaikan rakyat. Memilih mereka yang sekian lama
berlainan pahaman politik tetapi berganding bahu semata mata untuk meraih kuasa
untuk memerintah bukanlah sesuatu pilihan yang waras.
5. Kejayaan Malaysia mencapai pembangunan yang pesat sejak
mencapai kemerdekaan lebih 60 tahun yang lalu telah banyak bergantung kepada
kestabilan politik yang kita kecapi selama ini, dengan tampuk kepimpinan yang
terdiri dari pasukan yang benar benar dapat bekerjasama serta akrab berkongsi
aspirasi dan cita cita yang sama untuk negara.
6. Selain dari itu penggubalan dan kesinambungan dasar yang
kukuh dan konsisten, pentadbiran ekonomi yang baik serta struktur pemerintahan
yang jelas dan peralihan kuasa didalam Perikatan dan Barisan Nasional dari satu
Perdana Menteri ke satu Perdana Menteri secara stabil telah menentukan
kesinambungan kemajuan Malaysia selama ini.
7. Jadi pilihan pada kali ini juga hendaklah dilakukan atas
kewarasan fikiran dan kesedaran bahawa kriteria kriteria ini penting dalam
memilih parti yang akan memacui pemerintahan negara.
8. Ini bukan suatu perjudian mempertarungkan nasib, ataupun
menukar haluan semata mata kerana tidak puas hati dgn beberapa isu. Tiada
semuanya yang seratus peratus sempurna. Nilai segala janji yang diberi secara
terperinci. Apa yang benar benar dapat dikotakan dari apa yang manis dibibir
sahaja. Timbangkan kesemuanya secara keseluruhan dan fikirkanlah masak masak
dan secara waras (dengan izin) … “spring may lead into a glorious summer but
can also end up in a winter of discontent for our children”.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

9. Sama ada ekonomi negara akan terus makmur seperti yang kita
kecapi selama ini, sama ada masa depan generasi muda dan tua terus cerah dan
sama ada negara terus selamat aman dan makmur atau mundur dipinggiran bakal
ditentukan oleh pilihan anda pada 9 haribulan Mei 2018 nanti.
10. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang pernah suatu ketika
menjadi peneraju negara, saya ingin melihat kematangan politik yang tinggi di
kalangan calon calon pada pilihanraya ke -14 ini.
11. Para calon dan parti-parti yang bertanding hendaklah
menjiwai erti demokrasi secara rasional. Bukan demokrasi berasaskan emosi dan
kemarahan.
12. Saya juga ingin mengingatkan calon calon pilihanraya
kali ini bahawa kita manawarkan diri bukan semata mata untuk meraih, merampas
atau mengekalkan kuasa memerintah tetapi untuk diberi peluang untuk berbakti
kepada rakyat dan negara.
13. Semua calon mesti cukup berwibawa dan berhemah tinggi
dalam menawarkan diri, dasar atau ideologi masing-masing untuk penilaian
rakyat. Bukan tuduh menuduh membakarkan kemarahan rakyat semata mata untuk
meraih sokongan
14. Yang penting adalah rakyat bukan agenda atau cita cita
politik seseorang individu.
15. Atas semua perkara yang saya telah nyatakan, saya
mengajak semua rakyat Malaysia melaksanakan hak demokrasi masing-masing dengan
aman dan penuh tanggungjawab tanpa sebarang sengketa. Marilah kita membina
tamudun negara dan bangsa mengikut cara yang menyerlahkan integriti, etika dan
keimanan peribadi yang tinggi. Yakinlah bahawa maju mundur, kaya miskin dan
hina mulianya bangsa adalah di tangan kita. Saya mendoakan agar pilihanraya
kali ini berjalan dengan lancar dan teratur didalam keadaan yang aman dan
selamat dan keputusan yang bakal dizahirkan nanti adalah sesuatu yang baik
untuk negara kita Malaysia yang kita cintai.
Sekian. Selamat mengundi.
TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel