Connect with us

Berita Lain

Kerajaan Pertimbang Bantuan Aidilfitri Penjawat Awam


PUTRAJAYA – 
Kementerian Kewangan akan mengusulkan cadangan kepada Perdana Menteri
berkenaan bantuan Aidifitri yang bakal menjelang, kata Menteri Kewangan Lim
Guan Eng.
Beliau berkata cadangan itu akan diutarakan bagi membantu
penjawat awam yang bergaji rendah untuk menyediakan persiapan menyambut Hari
Raya.

“Untuk Hari Raya ini, ada yang bertanya (tentang bantuan),
tapi saya harap tuan-tuan dan puan-puan bertimbang rasa kerana keadaan ekonomi
(negara) yang kurang baik,” katanya ketika menghadiri Majlis Perhimpunan
Bulanan Kementerian itu, perhimpunan pertamanya selepas memegang jawatan
berkenaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Lim juga berkata bantuan tersebut ditujukan kepada golongan
berjawatan rendah, dan jumlah bantuan itu akan diumumkan Tun Dr Mahathir
Mohamad.
“Kita cuba menonjolkan imej kepimpinan melalui teladan, kita
tidak memotong gaji penjawat awam, sebaliknya gaji menteri Kabinet dipotong
sebanyak 10 peratus… ini dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet pertama Pakatan
Harapan.
“Dan mesej yang hendak kita sampaikan ialah ekonomi Malaysia
berdepan dengan masalah kerana ketirisan dan penyelewengan wang yang terjadi
sebelum ini,” katanya.
Lim menjelaskan bahawa kerajaan berdepan isu fiskal dan hutang
negara, di mana kedudukan kewangan negara tidak selari dengan apa yang sebarkan
kepada rakyat.
“Bagaimana pun,  janji
hendaklah dipegang teguh walaupun ia bertembung dengan posisi fiskal negara,”
katanya, sambil menambah bahawa beliau akan menyatukan sistem dan laporan
kewangan negara dalam minggu pertama menjalankan tugas sebagai menteri
kewangan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Laporan tersebut dijangka dapat memberi gambaran jelas
mengenai prinsip asas ekonomi, dan tiada maklumat yang akan dirahsiakan.
“Kita juga akan meminta syarikat penarafan terkemuka seperti
Pricewaterhouse Copper membantu kita dalam melancarkan lagi proses ini,”
katanya.
Ini penting dalam mengimbangkan kedudukan fiskal negara dan
janji-janji yang dibuat oleh Pakatan Harapan semasa kempen Pilihan Raya ke-14.
Lim juga berharap Malaysia akan menjadi negara yang
menerapkan aspek keusahawanan dan pada masa yang sama, menjaga kebajikan
rakyatnya.
“Keusahawanan dan kebajikan boleh berjalan selari, dan Pulau
Pinang merupakan contoh pelaksanaannya yang berjaya,” katanya. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel