Connect with us

Berita Lain

‘Kita Bodoh Kerana Menafikan Realiti’


Tidak seperti anggapan sesetengah pemimpin BN Ketua Pemuda
Umno Khairy Jamaluddin mengakui mereka kalah kepada Pakatan Harapan (HARAPAN)
baru-baru ini bukan kerana isu persepsi, tetapi realiti.
Kata anggota parlimen pembangkang dari Rembau itu BN
“bodoh” kerana menafikan hakikat itu.
Katanya BN menafikan isu 1MDB – yang menjadi antara topik
utama HARAPAN berkempen – serta skandal lain.
“Kita kata tak ada, sudah dijawab. Kita menipu diri
sendiri sampai hari terakhir,” katanya dalam temu bual disiarkan akhbar
Mingguan Malaysia hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sebelum itu Khairy ditanya sama ada kekalahan BN berpunca
daripada kegagalan parti tersebut menguruskan persepsi.
Katanya BN tidak boleh lagi bercakap mengenai persepsi
kerana sebelum muncul isu itu, mesti ada suatu realiti yang terjadi.
“Persepsi itu dibentuk oleh realiti. Realiti sudah ada.
Cuma kita bodoh kerana menafikannya selama ini,” katanya.
BN kecundang buat kali pertama dalam sejarah selepas gagal
mendapat kerusi mencukupi di Dewan Rakyat bagi membentuk kerajaan melalui
pilihan raya umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei lalu.
HARAPAN memperoleh 122 kerusi parlimen manakala BN hanya 79.
Satu blok lagi yang diterajui PAS hanya mendapat 18 kerusi. Selebihnya adalah
wakil bebas.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Di peringkat dewan undangan negeri (DUN) pula BN hanya
berkuasa di Perlis dan Pahang, manakala PAS menguasai Kelantan dan Terengganu.
Penolakan besar-besaran itu sangat mengejutkan malah
presiden MCA, MIC dan Gerakan – antara parti yang membentuk BN – juga kalah di
kerusi masing-masing.

Sementara itu Khairy juga berkata Umno perlu melakukan
perubahan besar-besaran untuk membolehkan ia kekal relevan kepada rakyat.
Katanya kekalahan mereka pada PRU lalu bukan sekadar kerana
penolakan masyarakat kepada pemimpin malah terhadap parti itu sendiri.
Menurutnya Umno perlu mengakui mereka gagal membaca kehendak
rakyat di sebalik amalan budaya feudal, hidup mewah, angkuh, sombong serta
tidak berani bersuara terhadap pemimpin sehingga akhirnya parti melakukan
kesilapan yang besar.
“Walak itu, walaklah, tetapi dalam keadaan kami semua
tidak dapat membaca sentimen sebenar rakyat. Itu kita kena mengaku,”
katanya.



– Malaysiakini

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel