Connect with us

Berita Lain

Kuih selak pintu

SABIAH dan Moin menunjukkan kuih papudak yang dijual di bazar ramadan di Kampung Parit Haji Ahmad, Sri Medan, Batu Pahat, Johor.


Batu Pahat: Kuih ‘selak pintu’ atau papudak yang juga kuih tradisional masyarakat Banjar di negara ini, kini jarang ditemui dan hanya muncul ketika Ramadan serta keraian tertentu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Kuih papudak antara juadah kuih manis yang sentiasa dicari di sini untuk berbuka puasa walaupun jarang dijual berikutan pembuatannya yang rumit.


Namun bagi Sabiah Simat, 68, yang menetap di Kampung Parit Haji Ahmad, Sri Medan dekat sini, dia setia menghasilkan kuih tradisional itu untuk dijual di Bazar Ramadan Sri Medan berikutan tidak mahu menghampakan permintaan pelanggan.


Katanya, bahan kuih papudak itu hanya menggunakan adunan tepung gandum, santan, gula, air daun pandan dan sedikit garam namun proses membuat kelongsong daun pisang daripada menggulung, mengisi dan merebus agak rumit serta memerlukan ketelitian.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Sabiah berkata, dia masih mengekalkan saiz asal kuih papudak yang panjangnya lebih 15 sentimeter itu yang dulu hanya dijual 10 sen sebiji namun kini 50 sen setiap satu.


“Dalam bahasa Banjar kuih ini dipanggil ‘sunduk lawang’ atau dalam bahasa Melayu selak atau palang pintu berikutan bentuknya yang memanjang seperti kayu selak pintu rumah zaman dulu kala.


“Orang muda memang tak kenal kuih ini sebab jarang dibuat dan dijual kecuali Ramadan atau keraian di rumah masyarakat Banjar.


“Namun setiap kali Ramadan saya tidak menang tangan membuat kuih ini kerana permintaan pelanggan yang mahu menikmati kuih papudak dan hanya mampu membuat 150 batang sehari,” katanya.


Sabiah berkata, kuih papudak yang enak perlu lembut apabila siap direbus dan sedikit bergoyang ketika dibuka untuk dimakan.


Katanya, hanya daun pisang nipah dan kapas sesuai dibuat kelongsong kuih papudak berikutan daun pisang yang lain membuatkan adunan kuih itu menjadi pahit apabila direbus.


“Daun pisang juga perlu direbus sebentar sebelum dapat diisi ke dalam kelongsong kerana jika tidak daun pisang pecah ketika digulung.


“Selepas adunan siap, saya menggulung daun pisang yang sudah direbus dengan menggunakan acuan batang paip kecil sebelum adunan diisi, diikat getah pada hujung setiap bucu sebelum direbus di dalam air mendidih sehingga ia timbul yang bermakna siap dimasak,” katanya.


-mymetro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel