Connect with us

Berita Lain

Ladang mayat

SAINTIS di Pusat Forensik Antropologi di Universiti Texas State, AS memeriksa rangka manusia untuk tujuan kajian. – Caters News


London: Pakar forensik di Britain berharap dapat membuka ladang mayat pertama negara itu dan merayu orang ramai menderma mayat mereka untuk tujuan kajian.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Anggota Parlimen dilapor mempertimbangkan rancangan membuka Kemudahan Tafonomi Manusia (HTF) bagi membantu polis menyelesaikan lebih banyak kes pembunuhan.


HTF ketika ini diharamkan di Britain tetapi saintis berbincang dengan kerajaan untuk membuka kemudahan pertama berkenaan bagi membolehkan mereka mengkaji tafonomi, sains berkaitan proses pereputan.


Ladang mayat adalah satu kemudahan kajian di mana mayat manusia ditanam di dalam tanah, dibiar di dalam air, digantung di atas pokok dan dibiar reput di kawasan padang.


Tujuannya adalah membiarkan mayat reput secara semula jadi dan membolehkan saintis memantau proses pereputan mayat tanpa gangguan manusia.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Ladang itu membantu saintis memahami proses pereputan dan maklumat yang dipelajari boleh dikaitkan dengan kes jenayah sebenar.


Pakar antropologi dari Universiti Huddersfield, Dr Anna Williams memberitahu akhbar Sunday Telegraph, faedah daripada sains itu boleh membantu dalam banyak cara.


“Kita mampu mengetahui dengan lebih tepat bila seseorang itu mati dan juga mampu mengenal pasti penjenayah yang berpotensi mungkin daripada cap jari atau DNA daripada kulit yang mereput,” katanya.


Ketika ini terdapat sembilan ladang mayat di dunia termasuk di Amerika Syarikat (AS), Australia dan Belanda.


Saintis di kemudahan itu di AS juga membantu mengenal pasti beberapa mayat pembunuh bersiri, Johny Wayne Gacy yang membunuh sekurang-kurangnya 33 mangsa antara 1972 hingga 1978 di Cook County, Illinois.


-mymetro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel