Connect with us

Berita Lain

Lantik MB Perlis Asal Bukan Saya Dan Azlan – Ismail Kassim


KUALA LUMPUR, 25 Mei — Datuk Ismail Kassim merafak sembah kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail untuk melantik calon lain selain dirinya dan ADUN Bintong Datuk Seri Azlan Man sebagai menteri besar Perlis.
Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tambun Tulang itu juga mencadangkan mana-mana lapan Adun Barisan Nasional (BN) yang lain untuk menerajui negeri berkenaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Demi menyelesaikan kemelut yang berlaku ini, kami mencadangkan mana-mana satu antara ​​mereka​ untuk dicalonkan sebagai Menteri Besar. Mereka ini mempunyai pelbagai latar belakang yang tidak ada masalah memimpin negeri, asalkan bukan saya dan Azlan.
“Kami bersedia untuk bersama-sama menghadap Tuanku sekiranya dipanggil bagi memperbetulkan keadaan demi kebaikan rakyat Perlis,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.
Katanya, beliau tidak mahu dilihat sebagai gila kuasa atau menteri besar boneka hanya kerana namanya dicalonkan oleh abangnya yang juga Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Tuanku Syed Sirajuddin semalam menzahirkan rasa dukacita susulan tindakan sembilan Adun BN yang tidak hadir pada majlis pelantikan dan angkat sumpah Azlan sebagai menteri besar Perlis semalam.
Kesemua mereka tidak hadir kerana dikatakan tidak bersetuju dengan pelantikan Azlan.
BN memenangi 10 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, untuk membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel