Connect with us

Berita Lain

Lelaki Maut Ketika Tonton Avengers: Infinity War



FILEM terbaharu keluaran Marvel Studios,Avengers: Infinity War pasti membuatkan ramai yang menyaksikannya berada dalam emosi tidak menentu dengan plot menarik serta aksi yang pelbagai.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Bermula sejak awal, aksi pertempuran antara adiwira The Avengers bersama musuh utama mereka, Thanos membuatkan sesiapa sahaja di dalam panggung tidak senang duduk dan pastinya teruja.
Bagaimanapun, keterujaan seorang lelaki di Proddatur, Andhra Pradesh, India menonton filem yang sedang hangat di pawagam itu bertukar tragedi apabila dia ditemui maut dengan mata terbuka oleh pegawai bertugas.
Menurut jurucakap balai polis Proddatur. Mangsa merupakan seorang lelaki berusia 43 tahun dan dikenali sebagai Peddapasupula Baasha.
Dia yang bekerja sebagai seorang buruh itu mengambil keputusan menonton filem berkenaan sempena cuti Hari Buruh pada 1 Mei lalu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Selepas filem berdurasi 2 jam 40 minit itu habis ditayangkan, orang ramai sudah mula keluar dari panggung wayang namun Baasha masih terduduk di atas kerusinya tanpa bergerak.
Pada mulanya, pegawai panggung yang bertugas menganggap Baasha tidak bangun daripada tempat duduknya kerana mahu melihat babak selepas kredit (end credit scene) yang sinonim dengan filem Marvel.

Bagaimanapun, selepas babak itu tamat, Baasha masih berada di atas kerusinya menyebabkan pegawai yang bertugas mengambil tindakan mengejutnya kerana menyangkakan dia sedang tidur.
Namun begitu, selepas membuka kaca mata 3D yang digunakan Baasha untuk menyaksikan filem tersebut, mangsa langsung tidak bergerak dan matanya terbuka.
Mereka kemudiannya memanggil pihak polis untuk hadir ke pawagam Cine Hub di Proddatur itu dan selepas melakukan pemeriksaan, pihak polis membuat pengesahan bahawa Baasha sudah tidak bernyawa.
Lapor Times Of India, polis mengesahkan Baasha maut di tempat kejadian kerana serangan jantung. Dia dibawa ke sebuah hospital kerajaan di Andhra Pradesh untuk bedah siasat bagi mendapatkan punca sebenar kematian.
Selepas mendapat khabar suaminya meninggal dunia, isteri Baasha, Khadir Bhabi bergegas ke hospital berkenaan  bersama anak-anak mereka. Ujar isterinya itu, Baasha tidak mempunyai masalah kesihatan sebelum ini selain penyakit gastritis.
Biasanya, filem yang ditayangkan dalam format 3D memerlukan penonton memakai cermin mata 3D untuk pengalaman yang lebih memuaskan.
Kadangkala, mereka yang tidak biasa menyaksikan filem dalam format 3D ini mungkin berasa terkejut akan babak aksi sesebuah filem.
Polis bagaimanapun belum lagi mendapat tahu punca sebenar serangan jantung Baasha sama ada disebabkan babak dalam filem berkenaan atau perkara lain. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel