Connect with us

Berita Lain

Lepas Diumum Calon MB, Nik Omar Seru Undi HARAPAN


Selepas dinamakan sebagai calon Menteri Besar Kelantan, Nik
Omar Nik Abdul Aziz menyeru seluruh rakyat Malaysia agar mengundi Pakatan
Harapan (HARAPAN) pada 9 Mei ini.
Menurut Nik Omar yang merupakan anak kepada bekas mursyidul
am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, seluruh pengundi tanpa mengira agama dan
kefahaman perlu memberi peluang kepada HARAPAN mengurus tadbir negara.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Malah, calon HARAPAN bagi DUN Chempaka itu berkata, rakyat
juga perlu memberi peluang pakatan itu menyelamatkan negara daripada
“muflis” kelak.
“Saya merayu kepada seluruh pengundi di Malaysia tanpa
mengira agama, tanpa mengira kefahaman, tanpa mengira sentimen, membuat
keputusan bulat, tekad dan beri peluang kepada kepimpinan Pakatan Harapan untuk
urus tadbir negara ke arah yang lebih baik bagi menyelamatkan negara daripada
muflis.
“Kita harap inilah peluang rakyat Malaysia untuk
memikirkan peluang terbaik, kesinambungan yang lebih baik pada masa akan datang
dengan cara kita membulat keazaman kita untuk memberi undi kita kepada Pakatan
Harapan,” katanya.
Nik Omar berkata demikian dalam perutusan dan tazkirah
ringkas di Facebook Live miliknya selepas solat maghrib tadi.



(ads

Terdahulu hari ini Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH)
Kelantan, Husam Musa mengesahkan Nik Omar adalah calon HARAPAN untuk jawatan
menteri besar Kelantan.
Bercakap di Kota Bharu, Husam berkata Nik Omar adalah ikon
penting untuk parti itu.
Nik Omar sebelum ini mengisytiharkan sokongan beliau kepada
HARAPAN dan diumum sebagai calon bagi DUN Chempaka yang merupakan kerusi
tradisi ditandingi allahyarham bapanya.



Malaysiakini

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel